Jumaat, Oktober 31, 2025
Trilogi Filem Rock + Rock 4
Ahad, Mac 12, 2023
Mampukah 'Rock glam' kekal?
APALAH nikmatnya kalau sekadar mendengar tanpa rasa dan faham. Begitulah juga dengan muzik yang terdiri pelbagai genre termasuklah rock. Minat perlu selari dengan pengetahuan yang tinggi dan bukan sekadar menyanyi atau bersiul tanpa henti. Kalau tidak jangan sembang Rock Never Die.Saya katakan begitu selepas meneliti kandungan buku 65 Tahun Muzik Rock Di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986) hasil karya Prof. Madya Dr. Muhamad Takiyuddin Ismail.
Masih terlalu banyak yang saya tidak tahu tentang sejarah perkembangan muzik rock di negara kita sebaik membaca satu persatu buku setebal 393 muka surat ini. Segalanya tentang muzik rock berjaya dirungkai dalam tempoh tersebut termasuk sejarah sebenar ia mula bertapak di negara kita.Selain itu, penulis turut meletakkan banyak perkara asas lain yang perlu diketahui peminat rock selain sejarah perkembangan antaranya pengertian rock progresif dan rock konvensional; persoalan antara budaya dan muzik rock serta banyak lagi. Malah, buku ini turut menyediakan gambar rajah perkembangan semasa era rock di Malaysia termasuk era rock glam atau selama ini banyak yang menyebut sebagai rock kapak.
Jumaat, Februari 24, 2023
Dari Sains Politik ke Sejarah ROCK
Harian
Metro – 24 Feb 2023 Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my
MINAT mendalam terhadap muzik rock sejak remaja
mendorong Pensyarah Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof
Madya Dr Muhamad Takiyuddin Ismail, 48, menulis buku mengenai sejarah dan
perkembangan muzik rock di Malaysia berjudul 65 Tahun Muzik Rock Di Malaysia:
Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986). Ia adalah buku ke-13
dihasilkan Takiyuddin yang sebelum ini sinonim dengan buku genre politik seperti
Melayu Dalam DAP, Langkah Sheraton: Tujuh Hari Panjang dan Bantuan Demokrasi
dan Pendanaan Asing Di Malaysia yang memenangi Anugerah Buku Negara pada 2019.
"Saya menulis buku ini kerana minat dan 'passion' saya terhadap muzik rock. Ketika menghasilkan buku ini, kebanyakan individu yang saya temu bual dalam kalangan pemuzik, penggiat dan peminat rock terkejut apabila mendapat tahu saya adalah ahli akademik dalam bidang sains politik, bukan muzik. Malah, mereka juga terkejut dan terharu kerana ada 'orang universiti' mahu menulis buku mengenai sejarah rock di Malaysia yang selama ini sering dikaitkan dengan perkara negatif," katanya.










![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















