Khamis, Jun 01, 2023

Manusia 'mati nafsu' baca buku ilmiah angkara ketagih media sosial

Manusia 'mati nafsu' baca buku ilmiah angkara ketagih media sosial

Oleh Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin 

Berita Harian – 1 Jun 2023, ms. 12



Frank Swettenham dalam bukunya 'The Malay Sketches' memperihal orang Melayu suka berjudi, bersabung ayam, berburu serta menangkap dan menjinakkan gajah.

Pemerihalan penulis Barat ini tidak perlu dinafikan, namun tidak juga boleh diterima secara umum kerana 22 bab beliau ceritakan adalah perkongsian penulis berdamping dengan orang kebanyakan, pawang dan pembesar tertentu. Sebaliknya jika dilihat kepada sisi keilmuan khususnya melalui perkembangan tradisi pengajian pondok di alam Melayu, masyarakat Muslim hakikatnya mementingkan aspek keilmuan melalui proses pembacaan teliti serta sumber penulisan berwibawa.

Hal ini boleh dilihat contohnya melalui tradisi pengajian pondok menetapkan silibus tersendiri dengan sumber rujukan terpilih, dibaca mulai huruf pertama di kulit hadapan sehingga di noktah terakhir di halaman belakang. Ketika era sebelum industri menentukan landskap pendidikan, menghabiskan satu teks pengajian memakan masa bertahun-tahun adalah suatu diperakui penting dalam proses menuntut ilmu.

Bahkan sebelum terciptanya radio dan televisyen, masyarakat lampau mengisi masa dengan membaca, menulis, berbual bersama keluarga serta melakukan pelbagai aktiviti luar. Kerana itu tidak aneh terdapat penulisan fiksyen sebagai bahan hiburan dan ia sengaja ditulis panjang berjilid-jilid melalui imaginasi tersendiri penulis.

Baca seterusnya di sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1108738/manusia-mati-nafsu-baca-buku-ilmiah-angkara-ketagih-media-sosial

Tiada ulasan: