Foto: Bomba
Foto: Sinar Daily
Foto: Facebook
Kronologi Peristiwa:
Pada petang hari rabu, 5 Julai 2023, Ahmad Ammar Akhtar (7 tahun) keluar dari rumah selepas beliau mandi dan sempat bersalam dengan emaknya. Beliau kemudiannya pergi bermain dengan seorang anak jiran di depan rumahnya yang merupakan kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun. Pada ketika itu, waktu baru lepas hujan dan ada sedikit rintik-rintik hujan dan keadaan agak lengang tanpa kehadiran kanak-kanak lain yang selalunya bermain di sekitar kawasan rumah mahupun golongan dewasa termasuk jiran-jiran. Lokasi kejadian ialah di hujung Jalan Cengal 5, Desa Alam Ria, Batang Kali, Selangor.
Tanpa disedari, kedua-dua kanak-kanak ini terlepas sampai ke tepi sungai berhampiran yang jarak dari rumahnya sekitar 500 meter. Ahmad Ammar dan rakannya itu masing-masing menaiki skuter kanak-kanak. Lorong ke sungai ini agak tersorok dan dipenuhi dengan semak yang agak tinggi. Kemudiannya, Ahmad Ammar Akhtar ingin mengambil selipar belah kanan yang sudah terjatuh ke dalam sungai. Beliau bertindak turun ke dalam sungai yang tebingnya agak tinggi untuk mencapai seliar tersebut. Namun beliau telah tergelincir jatuh dan terus tenggelam di dalam sungai yang arusnya agak deras. Kedalaman sungai ketika itu adalah di paras dada. Arus deras ini juga berpunca dari aliran air hujan yang turun dari bukit.
Sejurus itu, kawannya yang berusia 6 tahun itu bergegas balik ke rumahnya bagi memberitahu apa yang telah berlaku ke atas Ahmad Ammar Akhtar. Sejurus itu, mak Ammar dan jiran-jiran serta beberapa pemuda penyelam di kampung berhampiran terus ke lokasi kejadian dan terjun ke dalam sungai bagi melakukan tindakan awal. Di situ, mereka menemui skuter yang dinaiki oleh Ahmad Ammar. Pada masa yang sama, mereka menghubungi pihak Polis dan Bomba. Pihak Bomba dan Polis tiba di lokasi kejadian sekitar waktu maghrib.
Pada waktu kejadian, bapa mangsa, Tajul Azwa Haris, sedang berada di Bangi kerana menganjurkan seminar selama dua hari. Beliau bergegas balik ke Batang Kali apabila menerima berita tergempar ini. Pada malam tersebut juga, telah diadakan sembahyang hajat dan bacaan Yaasin oleh jiran-jiran. Pusat Operasi juga telah dibangunkan di situ selama mana operasi pencarian dijalankan.
Antara pasukan yang terlibat dalam misi pencarian ini ialah Polis, Bomba, Unit Amal Ahli Parlimen Hulu Selangor, UPSI Scuba Team, Bomba Sukarela FGV dan individu awam. Beberapa ikhtiar secara Islam juga telah dilakukan termasuk kehadiran pasukan Darussyifa' Bangi pada 7 Julai 2023.
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dihentikan secara rasmi pada 11 Julai 2023 jam 7.20 malam, namun operasi oleh pihak Bomba yang berskala kecil masih diteruskan termasuk oleh individu awam dan pihak NGO.
Senarai berita:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan