Memaparkan catatan dengan label Orang Timur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Orang Timur. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 11, 2025

Penerbitan Orang Timur


Penerbitan Orang Timur sudah sampai. Ini satu penerbitan oleh Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. Untuk isu ini, ada poster SYJ BOTB 1986. Pameran Orang Timur sedang berlangsung dari 2025 sehingga 2028. Ada masa lagi nak pi lawat. Ada poster gergasi SYJ BOTB 1986 dipaparkan. Harga hanya RM 15.00. 

8 Okt 2025

#OrangTimur

Khamis, September 25, 2025

Orang Timur - SYJ

Orang Timur - SYJ

Jepun pandang ke barat
Untuk kemajuan
Apa nak jadi dengan malaysia
Pandangannya ke mana

Di mana arahmu
Sedar bangunlah
Pesat dan majukan negerimu

(korus)

Orang timur bangunlah
Pesat dan majukan
Apakah warna kulitmu
Apakah kita sama
Ke manakah perginya
Mana arah mu

Marilah kita bangunkannya
Untuk kepentingan kita bersama
Setapak langkahmu ke hadapan
Bererti kejayaan

Khamis, Ogos 14, 2025

Pameran Orang Timur


Balai Seni Negara membawakan satu pameran baharu, “Orang Timur” yang berlangsung dari Julai 2025 hingga Jun 2028.


Bertempat di Balai Seni Negara, pameran ini mengangkat budaya visual dan popular Malaysia dari tahun 1979-1989. Ia merupakan satu dekad penting yang menyaksikan perubahan dari segi dasar negara, identiti nasional dan pengaruh global.

Pameran “Orang Timur” merupakan satu penghargaan kepada pemimpin, seniman, pemikir dan pencipta visual yang mencorakkan wajah Malaysia moden. Melalui seni visual, seni bina, seni grafik dan media, pameran ini menyusuri pertembungan nilai Timur-Barat serta aspirasi membina sebuah negara berdaya saing dan berjiwa sendiri.

Anda dijemput hadir ke pameran ini dan lihat bagaimana seni visual menjadi saksi kepada cita-cita Malaysia moden. 

Sumber: FB Balai Seni Negara