Isnin, September 08, 2008

Surau Al-Ikhwan, Seri Nuang, Sek. U11


Surau Al-Ikhwan, Pangsapuri Seri Nuang, Seksyen U11 adalah sebuah surau yang baru ditubuhkan awal bulan Julai 2008. Buat masa sekarang ada AJK Penaja Sementara yang menjalankan aktiviti surau sementara mendapat AJK tetap. Surau ini sedang dalam penambaikan untuk kemudahan-kemudahan surau, maka sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada surau ini, bolehlah menghubungi Pengerusi atau Setiausaha, Jawatankuasa Penaja Surau Al-Ikhwan, No. 1, Jalan Gunung Nuang U11/37, Bukit Bandaraya Shah Alam, Sek. U11, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Yahoogroup bagi Seri Nuang adalah: http://groups.yahoo.com/group/serinuang

9 ulasan:

Raptor 7 berkata...

kat mane ek area U11 nie?

SSulieana berkata...

cantiknya surau...en.nan antara ajk yg sementara tu ke?

Nandre The Legend berkata...

kat area bukit cherakah punya taman pertanian

Nandre The Legend berkata...

carpet tu sumbangan pusat zakat selangor atas permohonan yang telah dibuat. sebelum nie takda apa2 pon, ada signboard arah kiblat ja..

kami tengah kumpul dana untuk beli PA system, kipas kaki, notice board, jam waktu sembahyang dan lain2.

kalau ada sapa2 dermawan yang ingin menyumbang ke surau nie, amatlah dialu-alukan.

semoga Tuhan membalas jasa baik saudara saudari sekalian. InsyaAllah.

Nandre The Legend berkata...

aku nie AJK sementara ja, bukan apa, kita gerakkan dulu AJK nie, pastu kalau dah ada yang lagi senior, kita pilihlah kemudian plak.

sekarang nie Alhamdulillah dah boleh buat semayang tarawih tetiap malam.. Imam tukaq2, ada la jugak 2-3 org yang senior kat sini yang boleh lead semayang tarawih nie.

FiguRa berkata...

bang...mcm mana nak derma??
ada no akaun surau ker??

Nandre The Legend berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nandre The Legend berkata...

Sesiapa sahaja yang ingin menyumbang untuk tabung surau nie, bolehlah berbuat demikian dengan mengirim wang pos malaysia tanpa menulis nama penerima kepada

Pengerusi - Abdul Samad Sedik
Setiausaha - Adnan Haris

ke alamat 2-2-5, Seri Nuang 2 dan alamt seperti di atas.

Lebai Cute berkata...

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." At Taubah : 18