Rabu, April 02, 2025
Bringing readers together
Rabu, Oktober 30, 2024
Isnin, Oktober 21, 2024
Khamis, Oktober 17, 2024
Jumaat, Oktober 11, 2024
Isnin, Oktober 07, 2024
Jumaat, Oktober 04, 2024
22 juta rakyat Malaysia suka membaca
Utusan Malaysia – 4 Okt 2024
ShaeKUALA LUMPUR: Sebanyak 69.9 peratus atau
21.27 juta rakyat Malaysia meminati membaca pelbagai bahan bacaan untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan. Merujuk kepada Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia
2022/2023 didapati rakyat Malaysia membaca sekurang-kurangnya dua naskhah pada
tahun 2005, 15 naskhah pada tahun 2014 dan terkini adalah 24 naskhah pada tahun
2023.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Dagang berkata, penemuan ini merupakan indikator positif ke arah pembentukan masyarakat berpengetahuan tinggi, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Menurut beliau, Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2023 mendapati dapati bahawa 69.9 peratus rakyat Malaysia membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
“Selain itu, kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar rakyat Malaysia gemar membaca di kedai buku dengan 57.7peratus dan di restoran atau kafe siber sebanyak 24.5 peratus. Sehubungan dengan itu, saya menggesa agar lebih banyak pusat membeli-belah menyediakan ruang membaca serta memperbanyakkan kedai buku di dalam pusat membeli-belah bagi memenuhi minat dan keperluan pembaca.
“Sebagai contoh,
BookXcess di Pusat Beli-Belah MyTown ini telah menjadi tarikan utama golongan
muda,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibaca oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad ketika merasmikan Karnival Baca Perdana 2024 di Pusat Beli Belah MyTown, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan, Senator Saraswathy A/P Kandasami dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Puan Salasiah Abdul Wahab.
Karnival Baca Perdana kali ini bertemakan Tema “Perpaduan dalam Pembacaan” kerana buku dan bahan bacaan menjadi jambatan yang menghubungkan individu, memupuk perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Tambah Aaron, sebanyak 33,366 judul atau 140,448 naskhah buku fizikal telah diterima oleh Perpustakaan Negara Malaysia melalui serahan di bawah Akta 331 pada tahun 2022 hingga 2023.
“Sebanyak 27,972 International Standard Book Number (ISBN) bagi penerbitan buku fizikal di mana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 50.06 peratus atau 9,332 permohonan berbanding tahun 2022. Oleh itu, dapatan data ini menunjukkan bahawa industri penerbitan negara khususnya penerbitan buku fizikal masih relevan dan mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pembaca serta dilihat terus kekal relevan walaupun persekitaran media elektronik sedang menguasai kehidupan pada masa kini,” katanya.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2024/10/22-juta-rakyat-malaysia-suka-membaca/
Ahad, Jun 30, 2024
Bengkel 'How To Create A Home Library' 2024
Sekitar Bengkel "How to Create a Home Library" anjuran PPK bertempat di PPK Presint 8. Saya dan Ummi Sham ditugaskan untuk mengendalikan sesi sembang-sembang ini dengan para peserta. Terima kasih kepada yang hadir dan semoga selamat membina perpustakaan keluarga. Mulakan dengan membeli bahan bacaan.
Sambil menghirup air kelapa pandan
Kutub khanah menyimpan ilmu
Rajin membaca bertambah pengetahuan
Banyak gajah di Kuala Gandah
Tinggi gajahnya tidak terkira
Berbengkel sudah berbincang pun sudah
kini tiba masa meralisasikannya
Sabtu, September 16, 2023
Selasa, Julai 04, 2023
25 Reasons to Read
25 Reasons to Read
Sabtu, Mei 27, 2023
Khamis, April 06, 2023
Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023
YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023. Objektif kajian adalah untuk mewujudkan satu profil membaca rakyat Malaysia yang terkini bagi dijadikan sebagai rujukan mengenai kadar pembacaan dan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
3. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan, kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang bagi memastikan hasil dapatan adalah menyeluruh dan merangkumi dalam semua aspek. Tempoh kutipan data akan berlangsung bermula 6 Mac 2023 hingga 31 Julai 2023.
4. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk klik pada pautan berikut untuk sertai kajian http://bit.ly/3kds99s
5. Untuk makluman, penyertaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan akan menyumbang kepada data profil dan trend membaca rakyat Malaysia. Pelbagai hadiah menarik bakal dimenangi oleh peserta bertuah.
6. PNM juga ingin memohon kerjasama dan bantuan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan agar dapat membuat hebahan mengenai kajian ini kepada warga kementerian, jabatan, bahagian dan agensi masing-masing menerusi semua saluran komunikasi sedia ada.
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Klik pada pautan berikut untuk sertai kajian http://bit.ly/3kds99s
Sumber: Bahagian Komunikasi Korporat, Perpustakaan Negara Malaysia