Rabu, September 30, 2026

Repositori Digital Cerita Malaysia

 

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dicadangkan supaya mewujudkan “Repositori Digital Cerita Malaysia” sebagai khazanah digital nasional bagi memastikan cerita yang membentuk identiti negara terus dipelihara dan diwarisi generasi akan datang.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata repositori itu boleh menghimpunkan secara sistematik cerita rakyat dalam bentuk digital, sekali gus membolehkan bahan berkenaan menjadi sumber ilmu, penyelidikan dan inspirasi pada masa hadapan.

“Repositori ini lebih kurang macam pangkalan data untuk cerita Malaysia... kos usaha ini tidak seharusnya terhad kepada melestarikan warisan tetapi turut merakamkan dan menghimpunkan secara sistematik cerita rakyat dalam bentuk digital yang boleh diakses serta dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

“Inisiatif ini juga akan menjadikan PNM bukan sahaja sebagai penjaga bahan terbitan negara tetapi turut berperanan sebagai penjaga memori dan suara bangsa agar cerita-cerita yang membentuk identiti nasional ini tidak hilang ditelan zaman,” katanya dalam ucapan perasmian Festival Penceritaan Malaysia (FPM) 2026 di sini hari ini.

Aaron berkata usaha memperkasakan penceritaan juga penting dalam proses pembinaan negara bangsa menerusi pengenalan identiti bersama serta pemahaman terhadap kepelbagaian bahasa dan budaya di negara ini.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada kandungan yang dijana kecerdasan buatan (AI) tanpa melakukan semakan kerana ia boleh membawa kepada penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Aaron berkata berdasarkan kajian Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), 62 peratus pencipta kandungan digital tidak melakukan semakan fakta manakala 42 peratus menggunakan jumlah tanda suka dan tontonan sebagai petunjuk utama untuk menentukan kredibiliti sesuatu kandungan.

“… apa sahaja yang dijana AI itu, kalau tidak difahami dengan konteks yang mendalam mungkin akan membawa tafsiran atau penemuan yang tidak betul,” katanya, sambil menambah literasi naratif penting bagi membolehkan masyarakat memahami, menilai dan menapis cerita dalam persekitaran digital.

Justeru, beliau berharap kerjasama antara PNM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi serta rakan strategik dapat diperkukuh bagi memperluas usaha memperkasakan budaya penceritaan.

FPM 2026 yang dianjurkan buat julung kali oleh PNM berlangsung selama dua hari sehingga esok bermula 10 pagi hingga 5 petang dengan pelbagai pengisian berkaitan penceritaan, penulisan dan warisan budaya untuk pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.

Terdahulu, Ketua Pengarah PNM Edy Irwan Zulkafli dalam ucapan aluannya berkata festival berkenaan bertemakan “Penceritaan sebagai Warisan Masyarakat Berilmu” bertujuan mengangkat seni penceritaan sebagai medium memperkukuh perpaduan dan memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata festival yang berkonsepkan “Santai Ilmu dan Didik Hibur” itu turut menyediakan pelbagai pengisian interaktif, termasuk empat siri bengkel berkaitan penulisan cerpen, penghasilan komik dan teknik penceritaan interaktif.

“Platform ini bukan sahaja menghidupkan kembali cerita tradisi yang semakin dilupakan, malah menjadi teraju penting dalam memupuk semangat perpaduan, saling memahami dan menghormati kebudayaan sesama kita,” katanya, sambil menambah program itu turut menampilkan sesi bicara ilmu dan audio siar yang mengetengahkan tokoh penulisan serta penceritaan.

Sementara itu, beliau berkata program hari ini turut mengumumkan pemenang bagi empat pertandingan secara dalam talian, iaitu Pertandingan Bercerita, Pertandingan Bercerita Kreatif, Pertandingan Bercerita Muzikal dan Pertandingan Menulis Cerpen melibatkan 335 penyertaan daripada pelbagai kategori.

Mohamad Azwar Kamaruzaman, yang juga juara kategori orang awam bagi Pertandingan Penulisan Cerpen menerusi karya “Misteri Pontianak Berharum Cempedak” berkata penulisan cerpen adalah antara cara beliau mengekspresikan perasaan dan “escapism” dalam kehidupan seharian.

Beliau ketika mengulas mengenai penggunaan AI berkata teknologi itu digunakan bagi kerja teknikal seperti menyemak ejaan dan kesalahan tatabahasa, bukannya sebagai pencetus idea kerana kreativiti dan gaya penulisan seharusnya datang daripada penulis.

“AI adalah alat yang memudahkan bukan mencetuskan kreativiti. Seharusnya idea asal dan gaya penulisan adalah daripada penulis,” katanya.

-- BERNAMA

Selasa, September 29, 2026

Setem Hari Malaysia 2026: Tapestri Malaysia

 

Kisah Di Sebalik Setem
14 seniman tempatan. 1 koleksi setem yang meraikan segala keunikan setiap negeri dan wilayah di Malaysia. 🇲🇾
Pos Malaysia berbangga bekerjasama dengan APOM dalam projek Tapestri Malaysia. Diterajui sempena Hari Malaysia, ia menghimpunkan 14 pelakar tempatan, masing-masing mewakili tempat asal mereka.
Melalui koleksi setem eksklusif ini, setiap negeri dan wilayah diserlahkan melalui seni, budaya, tradisi, dan semangat rakyatnya, bergerak bersama ke hadapan sebagai satu Malaysia.

Isnin, September 28, 2026

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (1926-2026)

 

Sumber: FB Anwar Ibrahim (28 Sept 2026)
Sumber: JPM
Sumber: Berita RTM
Foto ihsan Free Malaysia Today

Sumber: FB Malaysiakini
Pusara Negara, Presint 20

Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali (12 Julai 1926 - 28 September 2026) merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaya yang berjaya mencipta nama dalam bidang perubatan. Beliau banyak menyumbang dalam sektor kesihatan awam dan menjadi inspirasi kepada generasi wanita Malaysia. Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada 28 September 2026.

Quotes for Librarians

 

Source: Facebook 

Ahad, September 27, 2026

UiTM Kampus Jalan Othman Menjadi Kampus Tun Arshad Ayub

 


Sumber: Bernama

UiTM Kampus Jalan Othman yang terletak di Petaling Jaya, Selangor merupakan kampus tertua dalam sejarah perkembangan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kampus ini bermula sebagai Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956 dan menjadi tapak awal penubuhan institusi yang kemudiannya berkembang menjadi Maktab MARA, Institut Teknologi MARA (ITM) dan seterusnya UiTM. Pada masa kini, kampus tersebut menempatkan program pengajian lanjutan dalam bidang seni dan reka bentuk.

Pada 26 September 2026, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa UiTM Kampus Jalan Othman dinamakan semula sebagai Kampus UiTM Tun Arshad Ayub Jalan Othman sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Dr Arshad Ayub dalam pembangunan institusi berkenaan. Allahyarham yang berkhidmat sebagai pengarah pertama ITM dari tahun 1967 hingga 1975 dikenang sebagai tokoh pendidikan yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh mutu pendidikan, tadbir urus dan peluasan peluang pendidikan kepada masyarakat Bumiputera

Foto ihsan UiTM

Foto ihsan UiTM

ReadSG: Gerakan baru galak rakyat Singapura membaca 15 minit sehari


Rakyat Singapura digalak meluangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk membaca sebagai sebahagian daripada cabaran di bawah satu gerakan baharu untuk memperkukuh tabiat membaca. Menerusi Cabaran ReadSG - https://www.read.gov.sg, peserta boleh menetapkan matlamat peribadi, mengekalkan ‘streak’ membaca, mengumpul mata pengalaman serta syiling maya yang boleh ditebus. Cabaran itu adalah di bawah ReadSG, gerakan membaca nasional selama lima tahun yang dilancarkan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada 6 September.

Presiden Tharman Shanmugaratnam, yang juga penaung ReadSG, merasmikan pelancaran tersebut di Bangunan NLB. Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Cik Melissa Tam, berkata tabiat membaca secara mendalam semakin penting dalam dunia digital yang dipenuhi kandungan dan maklumat berbentuk pendek.

“Walaupun kandungan format pendek membantu kita kekal mendapat maklumat, bacaan format panjang mengukuhkan daya tumpuan, pemikiran kritikal dan imaginasi. ReadSG mengajak semua orang bermula secara kecil-kecilan dengan 15 minit yang boleh dicapai,” katanya.

Sabtu, September 26, 2026

Himpunan Mesra Alumni UiTM Bersama YAB Perdana Menteri

Buku terbitan khas Perpustakaan UiTM 
Antara bahan bacaan yang dibaca oleh PMX
PMX di dalam DATC, UiTM Shah Alam 

HIMPUNAN MESRA ALUMNI UiTM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

Sempena Sambutan 70 Tahun UiTM

26 September 2026 | DATC, UiTM Shah Alam

70 tahun UiTM bukan sekadar angka. Ia adalah perjalanan tujuh dekad membina insan, membuka peluang dan melahirkan generasi demi generasi yang terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Sempena Sambutan 70 Tahun UiTM, ayuh seluruh keluarga besar alumni daripada RIDA, Maktab MARA, ITM dan UiTM kembali bersama dalam Himpunan Mesra Alumni UiTM Bersama YAB Perdana Menteri.

Ini bukan sekadar pertemuan semula. Ini adalah ruang untuk kita mengenang perjalanan, meraikan pencapaian, menghubungkan generasi dan menyambung legasi.

Antara pengisian istimewa yang bakal berlangsung:

• Himpunan alumni daripada pelbagai generasi dan latar belakang
• Amanat dan perkongsian bersama YAB Perdana Menteri
• Penganugerahan Tokoh Alumni UiTM 2026
• Inisiatif Biasiswa Alumni UiTM sebagai tanda kasih dan tanggungjawab alumni kepada generasi mahasiswa
• Pelbagai pengisian yang meraikan 70 tahun perjalanan UiTM

Dulu kita menerima peluang. Hari ini kita memberi peluang.

Marilah kita bersama-sama menghidupkan semula silaturahim, berkongsi pengalaman dan menjadikan kekuatan alumni sebagai pemangkin kepada masa depan UiTM dan negara.

AYUH PULANG KE UiTM 
💜📅
26 September 2026
🕙
10.00 pagi - 2.00 petang
📍
Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam

📌
PENDAFTARAN PENYERTAAN:
https://alumniuitm.my/program/pendaftaran_penyertaan_himpunan

Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada sejarah 70 tahun UiTM.

70 Tahun UiTM - Legasi Kita, Masa Depan Bersama.

Sumber: FB Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia

Jumaat, September 25, 2026

Sekolah King Edward VII Pernah Dilanda Banjir

Sekolah King Edward VII, Taiping pernah dilanda banjir:

KEVII Banjir:

Tahun 2011:

https://smkeviitaiping.blogspot.com/2024/12/2011-sekolahku-banjir-lagi.html?m=0

Tahun 2016:

https://www.facebook.com/fcseladang/posts/smk-king-edward-di-taiping-telah-dilanda-banjir-mohon-warga-taiping-berhati-hati/617401975116649/





Foto-foto kredit Kamarulzaman Hassanudin

Four components of a healthy reading culture

 


Source: The Star - 15 Sept 2026

Khamis, September 24, 2026

Mengenang Tok Abdul Munai bin Haji Amin bin Kulob Hitam


'Mereka bukan tentera bergaji, bukan pula pemegang darjat kebesaran. Mereka ialah anak-anak kampung yang bangkit mempertahankan agama, keluarga dan tanah air ketika kampung halaman diancam.'

Abdul Munai bin Haji Amin merupakan salah seorang penduduk Kampung Bekor yang terlibat dalam mempertahankan kampung semasa peristiwa yang dikenali sebagai Perang Bekor atau Tragedi Bekor 1946.

Perang Bekor berlaku pada 5 hingga 6 Mac 1946 di Kampung Bekor, Kuala Kangsar, Perak. Kampung tersebut telah diserang oleh kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan unsur komunis selepas berakhirnya pendudukan Jepun. Peristiwa ini mengakibatkan ramai penduduk Melayu terbunuh dan harta benda musnah.

Hanya terdapat sekeping gambar yang menunjukkan rupa paras arwah Abdul Munai bin Haji Amin yang masih tersimpan di Taiping. 

Antara adik-beradik lain arwah Abdul Munai bin Haji Amin ialah Daud bin Haji Amin, Busu Ahmad bin Haji Amin dan Haji Shaari bin Haji Amin. Manakala bapa kepada Abdul Munai dan lain-lain ialah Haji Amin bin Kulub Hitam. 

Pada peristiwa tersebut, semuanya telah syahid dalam mempertahankan keluarga dan kampung. Abdul Munai merupakan bapa kepada Haji Haris (1938-2010) iaitu arwah bapa kami. 

Semoga Allah merahmati semua pejuang Perang Bekor.

"Jasa pejuang kampung tidak selalu tercatat dalam buku sejarah, tetapi pengorbanan mereka hidup dalam ingatan generasi."

"Selagi sejarah diingati, selagi itu keberanian mereka tidak akan dilupakan."

Baca artikel tulisan Dr Mohamed Ali Haniffa


Rabu, September 23, 2026

Pak Chia: Cikgu Legend KEVII School, Taiping


Seorang guru legenda KEVII School telah meninggal dunia. Old Edwardians pastinya mengenali mendiang Pak Chia, seorang pendidik yang banyak berjasa kepada sekolah dan para pelajarnya.

Mendiang Pak Chia telah meninggal dunia pada 22 September 2026. Beliau mula berkhidmat sebagai guru di KEVII School sekitar tahun 1970-an dan telah meninggalkan pelbagai kenangan serta pengaruh yang besar kepada generasi pelajar yang pernah dididiknya.
Ketika mengajar, rotan sentiasa berada di atas mejanya, mencerminkan ketegasan beliau dalam mendidik anak-anak murid. Pada masa yang sama, beliau juga dikenali sebagai seorang jurulatih hoki yang berdedikasi dan disegani.
Semoga mendiang Pak Chia bersemadi dengan tenang dan aman. Jasa serta sumbangan beliau kepada KEVII School akan sentiasa dikenang.
Kepada Old Edwardians, kongsikan kenangan dan pengalaman anda bersama Pak Chia ketika beliau mengajar dahulu.
Sumber: Tiger Wilson Lye (OE94)

5 Perpaduan rakyat Malaysia tanpa sedar


🇲🇾 5 PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA TANPA KITA SEDAR

Perpaduan bukan hanya pada sambutan atau acara rasmi. Ia berlaku setiap hari, dalam perkara kecil yang kita kongsi bersama.


🤝 Membantu Tanpa Bertanya Siapa Mereka
Kebaikan tidak mengenal bangsa, agama atau latar belakang.

🚌 Bas Menyatukan Pelbagai Rakyat Malaysia
Satu perjalanan, pelbagai cerita, satu destinasi bersama.

☕ Kawasan Rehat Membawa Semua Orang ke Meja Sama
Di R&R, perbezaan diketepikan, kebersamaan diraikan.

🍛 Makanan Memberi Kita Sebab untuk Meneroka
Setiap hidangan membuka pintu kepada budaya yang berbeza.

🏡 Perjalanan Pulang ke Kampung Tetap Paling Utama
Walau ke mana kita pergi, keluarga dan asal usul menyatukan kita.

Perpaduan Malaysia tidak sentiasa dirancang.
Ia berlaku secara semula jadi, setiap hari.

🇲🇾 Berbeza Budaya, Satu Malaysia

Kosmo (16 Sept 2026)

Selasa, September 22, 2026

Rubber Stamp Hunting


Rubber Stamp Hunting Taiping merupakan satu aktiviti santai dan unik yang menggabungkan elemen eksplorasi, sejarah serta pengumpulan kenangan melalui cop getah atau rubber stamp di lokasi-lokasi menarik sekitar Taiping. Aktiviti ini mengajak peserta meneroka tempat bersejarah, bangunan warisan, muzium, perpustakaan, taman dan tarikan tempatan sambil mencari serta mengumpul cop yang menjadi tanda kenangan bagi setiap lokasi yang dikunjungi. Lebih daripada sekadar mengumpul cop, Rubber Stamp Hunting Taiping memberikan peluang untuk mengenali sejarah dan identiti bandar Taiping dengan cara yang menyeronokkan, interaktif dan bermakna — setiap cop mempunyai cerita, setiap lokasi meninggalkan kenangan.

Isnin, September 21, 2026

Anwar Guru Internasionale

 

Foto ihsan REFORM

Foto 1-4 ihsan FB Amin Ahmad
Foto ihsan FB

Ahad, September 20, 2026

Sarapan Pagi 20 Sept 2026


Pagi ini pakcik memenuhi undangan sarapan pagi di rumah sahabat komuniti. Ada majlis doa selamat dan makan-makan. Anak beliau dapat melanjutkan pengajian di UiTM Puncak Alam. Ramai sahabat komuniti yang hadir dan kami dapat berbual semasa menikmati hidangan sarapan pagi. Semoga beroleh ilmu yang mantap dan timba pengalaman yang berharga semasa di universiti.

20 Sept 2026