Isnin, Mei 31, 2021

Kuarters Jalan Talang - rumah kelahiran Nandre

Khamis, Mei 27, 2021

Kisah Perang Bekor 1946

 

Perang Bekor telah berlaku pada bulan Mac 1946 antara pihak Komunis dan penduduk Kampung Bekor yang rata-ratanya Melayu. Ianya melibatkan juga tok nyang belah arwah bapak iaitu arwah Abdul Munai bin Haji Amin dan bapaknya arwah Haji Amin bin Kulub Hitam. Seramai 105 orang telah mati syahid mempertahankan kampung semasa perang tersebut berlaku. 

Kisah Perang Bekor ada ditulis dan didokumenkan di sini:

Blog Orang Perak:
https://www.orangperak.com/kisah-parang-panjang-vs-komunis-di-bekor-bahagian-1.html

Kajian Dr Mohamed Ali Haniffa UUM: 
https://www.researchgate.net/publication/311770494_DARAH_DAN_AIR_MATA_BEKOR_MENGIMBAU_KEMBALI_PERISTIWA_6_MAC_1946

Semoga Allah merahmati semua yang telah mati syahid dalam perang tersebut. 

Isnin, Mei 24, 2021

Cerita Kumpulan Search

 















Search ditubuhkan oleh Yazit (pemain drum) Zainal Rampa dan John aka Hillary (gitar) pada 1981.

Kemudian Yazit telah mengajak Hillary Ang yg juga berasal dari JB untuk menyertai kumpulan itu sebagai pemain gitar.
Nama Search diilhamkan oleh Hillary yg ketika itu gemar menonton rancangan dokumentari bertajuk ' In Search Of '... semasa mereka mula hendak bermain di Club Red Rooster.
Mereka aktif bermain di kelab² malam sekitar Kuala Lumpur.
Pada tahun 1984, Hillary meninggalkan Search untuk mencari pengalaman dan mempelajari teknik yg lebih baik bermain gitar.
Zainal dan Nasir turut meninggalkan Search.
Zainal Rampa menubuhkan band baru, Rampa bersama Poe.

Jumaat, Mei 21, 2021

Pantun Petang Jumaat

Gambar hiasan

Ah Chong keluar ke kedai Speedmart

Keluar nak beli kain gebar
Kita ni sebagai pengurus maklumat
Semak dulu sebelum sebar

Masak laksa guna ikan tenggiri
Pedas bukan main mulut ternganga
Hidup bersatu wahai pengurus informasi
Informasi sahih informasi berguna

Burung kedidi si burung gagak
Mari hinggap di atas para
Maklumat sekarang ini terlalu banyak
Ikut kebijakan kita untuk menimbang tara

Sedapnya rasa si ayer laici

Lagi sedap si ayer kathira
Hanya kerna si hujung jari
Porak peranda satu dunia

Jahit selimut dengan kain perca
Kain dibeli di pekan selasa
Jangan kita mencaci mencerca
Kelak rosak budi bahasa

Sedap sungguh buah bidara
Di bawa dari Padang Tenggala
Budi bahasa dipandang mulia
Ini ajaran tok moyang kita

Rabu, Mei 19, 2021

Nostalgia Baraan Dalam Kenangan - Dr Budiman

 

Gambar acara Baraan di Sekinchan

‘WONG Jowo nek orak reti baraan, ojo ngaku dadi wong Jowo.’ Itu bukan pepatah. Bukan juga simpulan biasa. Bukan petikan kata-kata Donald Trump atau Chiang Kai-shek. Sebaliknya ia ayat lazim yang patut diucapkan kepada sesiapa juga berketurunan Jawa yang tidak tahu apa itu ‘baraan’.

Ya, dia tak selayaknya mengaku Jawa, samalah macam orang Siam tak layak mengaku Siam kalau tak tahu tomyam itu apa. Saya pun mengaku juga Jawa walaupun ketika bersembang bunyinya seperti orang Siam cakap Kelantan.

Baraan yang bermaksud ziarah atau kunjungan beramai-ramai merupakan salah satu adat warisan masyarakat Jawa yang terpelihara elok sehingga sekarang. Tidak diketahui sejarah asal-usulnya. Ia mungkin bermula sebagai amalan kunjung-mengunjung sesama ahli keluarga semasa di Tanah Jawa dan apabila berhijrah ke Tanah Melayu resam itu turut dibawa bersama.

Rabu, Mei 12, 2021

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1442H

Jumaat, Mei 07, 2021

Kumpulan Search: Satu Garis Masa 1981-2021

Sumber: Wiki