Isnin, Mei 24, 2021

Cerita Kumpulan Search

 















Search ditubuhkan oleh Yazit (pemain drum) Zainal Rampa dan John aka Hillary (gitar) pada 1981.

Kemudian Yazit telah mengajak Hillary Ang yg juga berasal dari JB untuk menyertai kumpulan itu sebagai pemain gitar.
Nama Search diilhamkan oleh Hillary yg ketika itu gemar menonton rancangan dokumentari bertajuk ' In Search Of '... semasa mereka mula hendak bermain di Club Red Rooster.
Mereka aktif bermain di kelab² malam sekitar Kuala Lumpur.
Pada tahun 1984, Hillary meninggalkan Search untuk mencari pengalaman dan mempelajari teknik yg lebih baik bermain gitar.
Zainal dan Nasir turut meninggalkan Search.
Zainal Rampa menubuhkan band baru, Rampa bersama Poe.
Pada tahun itu juga, Search ditawarkan untuk membuat album rakaman pertama mereka setelah M.Nasir melihat persembahan mereka di Kelab .
Man Kidal dan Yan dari kumpulan Lefthanded akan mengisi posisi gitari dan pemain bass yg ditinggalkan Hillary dan Nasir.
Mereka juga mengambil ahli baru, Din sebagai gitaris kedua.
Namun mereka masih tiada vokalis untuk meneruskan projek itu.
Yazit telah balik ke Johor untuk bertemu rakannya Amy bagi mengajak Amy menyertai Search sebagai vokalis.
Amy waktu itu ragu² dengan tawaran tersebut kerana dia baru 2 minggu mendapat pekerjaan di Johor.
Yazit memberi masa kepada Amy dan dia akan menunggu Amy di hentian bas untuk menuju ke KL.
Pada hari yg dijanjikan, bayang Amy masih belum kelihatan sedangkan bas sudah pun hendak bertolak.
Sehinggalah Yazit terlihat kelibat Amy melambai-lambai dari jauh mengejar bas.
Yazit segera meminta pemandu bas memberhentikan bas.
Amy ikut serta ke KL dengan seribu kerisauan.
Pada awalnya Yazit lebih suka Joey BPR menjadi Vokalis utk Search ..tetapi Hillary telah memilih Amy untuk projek bermain di Kelab malam.
Album pertama mereka ' Cinta Buatan Malaysia' diterbitkan pada tahun 1985 dan mendapat sambutan positif.
Yan sebagai pemain bass turut menyumbangkan suara selaku vokalis untuk beberapa lagu.
Lagu Kejora dan Isi Atau Kulit menjadi hits dalam album tersebut.
M.Nasir banyak menyumbang lagu di dalam penerbitan album² SEARCH.
Tanpa menoleh ke belakang, mereka siap sedia untuk merakamkan album kedua.
Namun Man Kidal dan Yan telah keluar dari Search untuk meneruskan kerjaya mereka bersama kumpulan asal mereka, Lefthanded.
Search menghubungi Hillary dan Nasir semula dan mereka bersetuju untuk kembali bersama Search.
Album Langit Dan Bumi diterbitkan pada tahun1986.
Lagu Rozana dan Meniti Titian Usang menjadi hits ketika itu.
Tahun berikutnya, album Mentari Merah Di Ufuk Timur telah diterbitkan.
Lagu Fantasia Bulan Madu telah menjadi Masterpiece mereka di dalam album ini.
Selain itu, lagu Gadisku dan Mentari Merah Di Ufuk Timur turut menjadi siulan anak-anak muda ketika itu.
Pada tahun 1988, telah berlaku pertikaian antara Search dan syarikat rakaman mereka ketika itu sehingga membawa kepada kes mahkamah.
Search telah menarik diri dari semua aktiviti bersama syarikat rakaman tersebut namun Hillary sesekali masih menyumbang khidmat solo.
Kemudian Hillary telah meninggalkan Search.
Kid dari kumpulan Gersang telah menggantikan posisi Hillary sebagai gitaris utama.
Kid juga merupakan adik kepada gitaris kedua Search, Din.
Bagi Kid, ia umpama impian menjadi kenyataan kerana dia sangat meminati Search semenjak sekolah menengah.
Pada tahun 1989, Search mengeluarkan album ' Fenomena ' dan benar-benar telah menjadi fenomena ketika itu.
Album ini terjual 200,000 unit di Malaysia dan 700,000 unit di Indonesia.
Lagu Isabella menjadi Masterpiece sehingga dialih bahasa ke beberapa bahasa dan dipasarkan ke luar negara.
Isabella juga telah memenangi Juara Lagu tahun 1989.
Search juga telah mendapat Anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular pada tahun tersebut malah diundang berlakon dalam filem Fenomena ( Malaysia) dan Isabella (Indonesia).
Tahun berikutnya mereka menerbitkan album Karisma.
Album ini mempunyai sound yang agak berbeza dan raw.
Namun album ini gagal menyaingi kejayaan album Fenomena.
Lagu Teguh antara yang popular dalam album ini.
Lagu ' Teguh ' ni kalau kau pergi karok, nak tercirit kau tarik, tak percaya pergi la try...
Nasir telah meninggalkan Search selepas penerbitan album ini untuk membuka studio rakaman sendiri.
Pada tahun 1992 mereka menghasilkan album ' Rampage '.
Yan kembali menggantikan Nasir untuk posisi pemain bass.
Album ini memuatkan sebuah lagu Inggeris bertajuk ' Feel The Pain ' dan popular di Belanda.
Mereka juga turut diundang membuat persembahan di Amerika Syarikat.
Album ini kurang mendapat sambutan kerana Kementerian Penerangan ketika itu telah bertindak membuat sekatan promosi bagi menyekat gejala muzik rock di tanah air.
Amy dan Awie Wings telah dipotong rambut secara langsung di TV pada tahun tersebut kerana artis berambut panjang adalah diharamkan ketika itu.
Pada tahun tersebut juga mereka telah merakamkan album duet bersama kumpulan Wings, Double Trouble.
Album ini mendapat sambutan hangat.
Lagu Gemuruh menjadi popular dan tercirit juga kalau karok tak kisah la kau ambil part Amy atau pun part Awie....dasyattt
Menyepi selama 3 tahun, tahun 1995 mereka menghasilkan album ' Gema Di Timur Jauh ' mempertaruhkan lagu Laila Namamu Teratas, Andaiku Miliki Semalam. Bagi saya album ini album air mata SEARCH.
Nasir kembali menggantikan Yan di posisi pemain bass.
Pada 1996 pula, mereka muncul dengan album Rock N’ Roll Pie dengan lagu hits, Seroja.
Pada tahun 1998, Nasir sekali lagi meninggalkan Search.
Kali ini tempatnya tidak digantikan oleh Yan, tapi oleh pemain bass baru iaitu Fauzi.
Ketika penghasilan album studio ke 10 mereka, Amy bertindak meninggalkan Search untuk mengejar kerjaya solo.
Search hampir² lumpuh dek pengunduran Amy.
Mujurlah Awie Wings sudi menyumbangkan suara bagi menyempurnakan album ke 10 mereka, Search Bikin Wilayah.
Lagu Nurnilam Sari menjadi hits.
Sehingga kini ramai tersalah sangka lagu ini dari kumpulan Wings kerana vokal yang disumbangkan oleh Awie.
Namun begitu, Search benar² di ambang perpecahan apabila Kid, Din dan Fauzi turut meninggalkan Search selepas itu.
Tinggallah Yazit seorang dalam Search.
Yazit cuba mencari line up baru untuk menghidupkan Search.
Muncullah Moq sebagai vokalis dan Zam sebagai pemain bass.
Shah dari kumpulan Slam diposisi gitaris.
Mereka sempat merakamkan album Selepas Banjir pada tahun 1999.
Kejoraku Bersatu adalah antara lagu yang popular dalam album tersebut.
Pada tahun 2001 akhirnya Search dibubarkan.
Pada tahun 2004, sekali lagi atas persetujuan ahli² SEARCH (kecuali Yazit) sebuah konsert Reunion Search telah dianjurkan.
Konsert tersebut mendapat sambutan hangat dengan line up Amy (vokalis), Kid (gitaris utama), Din (gitaris kedua), Nasir (pemain bass) dan Lola sebagai pemain drum undangan.
Sambutan hangat ketika itu sehingga Search menjadi artis jemputan untuk konsert Scorpions di Kuala Lumpur .
Atas desakan peminat, akhirnya Search mendapatkan semula khidmat Yazit sebagai pemain drum.
Pada 2006, Kid dan Din telah disingkirkan dari Search.
Search telah melamar Hillary yang ketika itu bersama Cromok untuk kembali ke pangkuan Search.
Album ke 12 mereka, Empire Garden telah tergendala kerana masalah pertukaran gitaris.
Akhirnya mereka mengeluarkan album Gothik Malam Edan sebagai album ke 12 mereka dengan menggunakan khidmat komposer juga gitaris saudara Edrie Hashim.
Selepas itu Search banyak membuat konsert di sekitar Malaysia dan luar negara.
Dalam satu konsert, ketiga-tiga gitaris Search Hillary, Kid dan Din telah muncul bersama.
Hillary akhirnya telah berundur sekali lagi untuk memberi laluan kepada Kid.
Pada 2013, Search telah menerima Anugerah Sepanjang Hayat dalam ABPBH.
Pada 2014, Yazit yang menderita sakit buah pinggang terpaksa direhatkan.
Tempatnya digantikan oleh pemain drum undangan dalam jelajah konsert.
Namun begitu telah berlaku perselisihan antara dirinya dengan anggota Search yang lain mengakibatkan dia akhirnya disingkirkan dan digantikan oleh Pa’e sebagai drummer jemputan.
Di kala industri muzik kian tenat, para artis tidak berani mengeluarkan album penuh kerana ancaman cetak rompak.
Tapi Search tetap keluarkan album baru yang diberi judul Katharsis, masih menggunakan khidmat sifu mereka Dato M. Nasir pada 2017.
Nama Yang Kau Lupa antara lagu yang sedap didengar sayangnya jarang dimainkan di radio.
Gitaris yang pernah menjadi gitaris utama Search semuanya
hebat
².
Hillary, Man Kidal, Kid dan Shah.
Namun Man Kidal lebih sinonim dengan Lefthanded dan Shah pula dengan Slam.
Hanya Hillary dan Kid yang selalu disebut-sebut sebagai gitaris Search.
Selamatkan industri muzik Malaysia.
Al-Fatihah
Arwah Yazit (Sang Gendang)

Sumber: https://www.facebook.com/groups/570343363625940 - 21 Dis 2020

Tiada ulasan: