Sabtu, April 29, 2023

Kisah Seorang Biduan


Dari sebuah desa berbekal gitar tua

Datang ke ibukota dengan penuh harapan

Menjadi seorang biduan...

29 Apr 2023
Sungai Tunggul Baru, Tg. Karang

Jumaat, April 28, 2023

Jumpa Tiger Rappy Raddy

 

Jumpa Tiger Rappy Raddy OE98 di Bawah Larut Matang, Taiping
28 April 2023 (7 Syawal 1444)

Rabu, April 26, 2023

Raya ke Bekor dan Kuala Kangsar

 Ziarah Raya di Kg. Kubang Udang, Bekor, Manong dan Kuala Kangsar, Perak

26 April 2023
Nota: Bekor ni tempat lahir arwah bapak teman. Pernah jadi peristiwa Perang Bekor tahun 1946. Arwah tok terlibat dan syahid.

Yob Khaironi Abd. Aziz dan kambing belaannya

Dewan sebelah rumah arwah Pak Ngah Aziz

Mak Chor datang beraye ke Taiping 

Rumah arwah Pak Ngah Aziz

Rumah Wan Da Na di Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar

Isnin, April 24, 2023

Raya Kat Taiping pulak (24 April 2023)

 

Keluarga Tajun dan Mak di Taman Mawar, Simpang

Beraya ke rumah Pakchu Zakaria di Taman Kuningsari 

Ahad, April 23, 2023

Baraan Raya Kg Tali Air 6 tahun 2023

 

Baraan Raya Kg Tali Air 6, Sekinchan
23 April 2023 / 2 Syawal 1444

Sabtu, April 22, 2023

Hari Raya Aidil Fitri 2023/1444

 

1 Syawal 1444 / 22 April 2023
Tali Ayer 6, Sekinchan 


Sawah Sepadan, Tg Karang

Jalan Pantai Rasa Sayang, Tg Karang

Khamis, April 20, 2023

Salam Aidil Fitri 1444H / 2023M

Isnin, April 17, 2023

Bersama Imam Taraweh


Malam ni malam terakhir Imam Taraweh kita bertugas selama 27 malam. Terima kaseh Imam Iman dan Imam Zakwan. Semoga kalian berdua diRahmati Allah selalu.

17 April 2023

#Ramadan1444

Malam Tujuh Likur


Malam Tujuh Likur

Dahulunya sekitar 1980an dan 1990an, bila sampai malam ke-27 pada bulan Ramadan, ramailah rumah yang akan pasang pelita ataupun juga dipanggil sebagai panjut di sesetengah tempat. Maka, terang-benderanglah kawasan rumah yang dipasang dengan pelita atau panjut. Kelihatan anak-anak bermain bunga api dan mercun.

Penulis dulu adalah AJK Kad Raya dan Panjut semasa zaman persekolahan dulu. Bila masuknya malam ke-27, maka pelita dan minyak gas akan dipersiapkan untuk digunakan pada malam hari. Selalunya, bila lepas maghrib, operasi menyalakan pelita akan dilakukan sehingga habih minyak gas.

Sekarang ni, ramai yang sudah berhijrah ke bandar besar, maka aktiviti menyalakan pelita sudah berkurang. Namun, kepada yang masih tinggal di kampong, tradisi menyalakan pelita malah ada pertandingan pelita panjut juga diadakan. Penulis pernah ke Kampung Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar bagi menyaksikan pertandingan pelita panjut suatu ketika dulu.

Dengan perkembangan teknologi dan kos bahan bakar meningkat, ramai yang hanya memasang lampu ‘lip-lap’ sebagai hiasan tatkala malam tiba bagi memeriahkan suasana menyambut raya.

Ini satu nostalgia.

Sabtu, April 15, 2023

Lagu Raya Pertama diterbitkan pada 1936

Gambar ihsan Senang Share

LAGU RAYA PERTAMA

Lagu raya pertama dirakamkan pada tahun 1936 oleh syarikat rakaman HMV Malay Records yang bertajuk ‘Selamat Hari Raya’ hasil ciptaan Tengku AliBasha (Che Ara Bangsawan) dan dinyanyikan oleh Miss Aminah Raden Nani (1919-2000).

Dengar lagunya di sini: Lagu dia

Jumaat, April 14, 2023

Bertemu Ustaz Dato' Rashidy Jamil Al-Rashid


Hari ini rezeki dapat ketemu dengan Ustaz Dato' Rashidy Jamil al-Rashid seusai sembahyang jumaat. Beliau pernah berkhidmat selaku Imam Besar Masjid Negara dan sekarang sebagai Penaung dan Pengasas Yayasan Tuan Sarifah.

Dapatkan buku baharu beliau bertajuk Himpunan Risalah Mutiara Ilmu terbitan Yayasan Tuan Sarifah
14 April 2023 / 23 Ramadan 1444H

Khamis, April 13, 2023

Kucing dan Manusia

 

Sumber: FB Galeri Sentuhan Arifsan

Rabu, April 12, 2023

Wali Songo - 9 Wali Nusantara

Sumber: Internet 

 

Selasa, April 11, 2023

Posmen dan Kad Raya - Satu nostalgia

 


Suasana sebegini biasa kelihatan dan dirasai sekitar sebelum tahun 2000. Kita pastinya akan menunggu abang posmen untuk menghantar kad raya kiriman dari sahabat mahupun saudara mara. Ini satu nostalgia. Bila ada posmen berhenti di depan rumah, ianya merupakan satu saat yang menggembirakan kerana ada menerima hantaran kad raya. Kita juga ada mengirim kad raya dengan melekatkan setem yang dibeli di pejabat pos. 
 
Namun, dengan kemajuan teknologi, tradisi kad raya semakin dilupai terutama generasi baharu yang bergantung kepada telefon pintar. 

Tradisi lama ini perlu diteruskan agar ianya tidak dilupakan. 

#KadRayaNostalgia

Jumaat, April 07, 2023

Tigers Weekend dan Sambutan Ulangtahun ke-140 KEVII School, Taiping


Tigers Weekend dan Sambutan Ulangtahun ke-140 Sekolah King Edward VII, Taiping

Jawatankuasa Penganjur dalam mesyuarat pertamanya pada 5 April 2023 antaranya telah memutuskan untuk mengadakan program di atas seperti berikut:
Tarikh : 30 Sept 2023 (Sabtu)
Masa : 9 pagi.
Tempat : Perkarangan SMK King Edward VII, Jalan Muzium Hulu, Taiping.
Pengisian program akan diberitahu kelak. Satu yang pasti adalah pihak penganjur tidak akan mengadakan majlis makan malam kerana memberi laluan kepada setiap batch untuk mengadakan reunion batch masing-masing di malam 9 Sept tersebut di Taiping.
Pada siangnya di sekolah meraikan aktiviti sekeluarga yang akan dirancangkan dan malam bersama batch masing-masing untuk reunion.
Pihak Jawatankuasa juga berbesar hati jika tuan-tuan dapat mengemukakan cadangan aktiviti yang akan kita lakukan untuk pertimbangan Jawatankuasa Penganjur.
Sekian, mohon sokongan dari semua Tigers bagi menjayakan buat pertama kalinya program Tigers Weekend ini dan juga sambutan ulangtahun ke-140 sekolah kita.
Terima kasih.

Sumber: FB Old Edwardians and Young Tigers

Khamis, April 06, 2023

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Malaysia MADANI

YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023. Objektif kajian adalah untuk mewujudkan satu profil membaca rakyat Malaysia yang terkini bagi dijadikan sebagai rujukan mengenai kadar pembacaan dan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.


3.      Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan, kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang bagi memastikan hasil dapatan adalah menyeluruh dan merangkumi dalam semua aspek. Tempoh kutipan data akan berlangsung bermula 6 Mac 2023 hingga 31 Julai 2023.

 

4.         Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan dijemput untuk klik pada pautan berikut untuk sertai kajian http://bit.ly/3kds99s atau imbas kod QR yang tertera di poster.  

 

5.         Untuk makluman, penyertaan YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan  akan menyumbang kepada data profil dan trend membaca rakyat Malaysia. Pelbagai hadiah menarik bakal dimenangi oleh peserta bertuah. 

 

6.         PNM juga ingin memohon kerjasama dan bantuan pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan agar dapat membuat hebahan mengenai kajian ini kepada warga kementerian, jabatan, bahagian dan agensi masing-masing menerusi semua saluran komunikasi sedia ada.

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Dr./ Tuan/ Puan  dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Klik pada pautan berikut untuk sertai kajian http://bit.ly/3kds99s atau imbas kod QR yang tertera.



Sumber: Bahagian Komunikasi Korporat, Perpustakaan Negara Malaysia

Selasa, April 04, 2023

Drama 'Rumah Kedai' di bulan Ramadan

 


Drama Rumah Kedai ialah sebuah rancangan drama bersiri sebanyak 30 episod yang disiarkan khas pada setiap hari dalam bulan Ramadan. Ianya mula ditayangkan di TV3 pada 18 Mei 1988. Drama ini memperkenalkan pelakon-pelakon antaranya Harun Salim Bachik sebagai Remy dan Sudiro Sukirman sebagai Tapa. Namun, ianya ditayangkan sehingga tahun 1993 selama 6 tahun.