Khamis, Ogos 31, 2023

Merdeka Fun Walk 2023

 

Merdeka Fun Walk 2023
Hari ni menyertai Merdeka Fun Walk 2023 anjuran Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya Shah Alam. ADUN Kota Anggerik / EXCO Belia, Sukan dan Usahawan Negeri Selangor, YB Najwan Halimi turut hadir. Pautan YB Najwan: https://bitshortly.com/driLw
31 Ogos 2023

Salam Merdeka 66

 


Selasa, Ogos 29, 2023

Tema dan Logo Hari Kebangsaan 1976-2023




Isnin, Ogos 28, 2023

Sastera medium berkesan didik generasi muda nilai adab, sopan


Peranan Sastera dalam dunia teknologi moden dan semakin kompleks ini.

BH 26 Ogos 2023 ms. 13
"Sastera dapat membantu menghidupkan prinsip Rukun Negara yang kelima dalam jiwa generasi muda lantas memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat bermartabat dan beretika"

Sabtu, Ogos 26, 2023

Showcase Teknologi MARDI & Hari Veterinar 2023

John ni beratnya 922 kg

Mengunjungi Showcase Teknologi MARDI 2023 anjuran MARDI dan Hari Veterinar 2023 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAEPS Serdang

26 Ogos 2023

Jumaat, Ogos 25, 2023

Berjumpa Da'i Azrin


Hari ini berjumpa dengan Da'i Azrin (Tanyalah Ustaz). Beliau asalnya dari Bagan Serai, Perak.

25 Ogos 2023

#TanyalahUstaz

Isnin, Ogos 21, 2023

Stadium Merdeka: Memori 1957 Hidup Kembali

 

Foto: Jabatan Penerangan

Memori 1957 hidup kembali

Harian Metro – 14 Ogos 2023

Kuala Lumpur: Aura nostalgia pengisytiharan kemerdekaan Malaysia kembali meremang! Itu yang boleh dikatakan sebaik sahaja Stadium Merdeka dijangka dibuka semula menjelang pertengahan 2023. Malah, sebaik sahaja stadium keramat tanah air itu yang pernah menjadi lokasi penganjuran pelbagai acara antarabangsa suatu ketika dahulu itu dibuka, ia bakal membawa pengunjung ke era 1956.

Ia hasil aktiviti pemuliharaan yang dilaksanakan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PMVSB) sejak 2008 yang menelan belanja sebanyak RM13 juta bagi mengembalikan reka bentuk asal Stadium Merdeka pada 1956 hingga 1964.

Tinjauan Harian Metro baru-baru ini ke Stadium Merdeka sempena lawatan dan taklimat khas media mengenai pembangunan Menara Merdeka 118 memperlihat PMVSB agresif untuk menyiapkan stadium berkenaan yang boleh dikatakan menghampiri peringkat akhir. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Ahmad Zulqarnain Onn berkata, kerja pemuliharaan untuk mengembalikan Stadium Merdeka kepada keadaan asal mengambil masa dua tahun iaitu bermula dari 2006 hingga 2008.

Ahad, Ogos 20, 2023

Himpunan 70s Revival - 19 Ogos 2023

 

Foto kredit: Adib Azim dari Facebook: 70s Revival

Ini merupakan himpunan kali kedua bagi peminat fesyen tahun 1970an. Ianya diadakan pada 19 Ogos 2023 di Cafe Beskal HQ, Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Ada juga seorang Old Edwardian, Tiger Azben Skymmar yang turut serta dalam acara ini. Beliau yang memakai baju-T belang-belang. 

#70s #retro 

Sabtu, Ogos 19, 2023

Menziarahi keluarga arwah kak Elly bt Ibrahim


Tengah hari tadi pergi menziarahi keluarga kakak sepupu, Laili Zuraini bt Ibrahim bin Yusof bin Mat Riau yang meninggal semalam di Hospital Klang. Rumahnya di Seksyen 25, Shah Alam. Semasa ziarah, kami berjumpa dengan suami arwah dan anak-anaknya. Bapak kepada arwah ni kami panggil Pak Ngah Ibrahim, pandai memasak orangnya di Beruas.

Semoga Allah merahmati arwah selalu.
19 Ogos 2023

Khamis, Ogos 17, 2023

Poster Tigers Weekend & Sambutan 140 tahun KEVII School

 


Rabu, Ogos 16, 2023

Kibarkan Jalur Gemilang anda!!

 

#Merdeka66
#TekadPerpaduanPenuhiHarapan

Khamis, Ogos 10, 2023

Lawatan singkat ke Muzium Warisan Melayu, UPM

 

Lawatan singkat ke Muzium Warisan Melayu di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Terdapat empat rumah tradisional yang dibawa dari tempat asal iaitu Rumah Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Muzium Warisan Melayu ada memaparkan koleksi warisan busana, manuskrip lama, senjata, perkakasan dan peta lama

Selasa, Ogos 08, 2023

Orang Malaysia dan Membaca


Orang Malaysia dan sifat suka membaca

BH 6/8/2023 ms. 35

Ahad, Ogos 06, 2023

Bik Timah Meninggal Dunia


Selepas balik dari Batang Kali, dapat berita yang mak sedara belah isteri meninggal dunia iaitu Bik Fatimah bt Abdullah. Kami balik dulu ke Shah Alam dan lepas semayang Asar dalam jam 6.00 petang, maka bergerak pula ke Sekinchan. Arwah disembahyangkan di Masjid Nurul Alaniah, Sekinchan selepas Isyak dan dikebumikan selepas itu di Tanah Perkuburan Sungai Leman, Sekinchan.

Bik Fatimah ni adik arwah bapak mertua. Semoga Allah merahmati arwah

Ziarah Desa Alam Ria, Batang Kali


Hari ini ke Batang Kali selepas genap sebulan anak saudara, Ahmad Ammar Akhtar bin Tajul Azwa jatuh ke dalam sungai pada 5 Julai lalu. Sehingga kini masih belum dapat 'dilihat'. Banyak usaha telah dibuat namun masih belum berjaya.

6 Ogos 2023

Sabtu, Ogos 05, 2023

Kenduri Yob Isram Ismail di Kuala Selangor

 

Hari ini ke Kuala Selangor memenuhi undangan kenduri kahwin anak kepada Abang Sedara, Isram Ismail (Abang kepada Azrel Ismail). Ini kali pertama kali jumpa. Tok dia dan Tok kami ni adalah adik-beradik yang asalnya dari Beruas, Perak.
5 Ogos 2023


Jumaat, Ogos 04, 2023

Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2023

Menghadiri selaku Peserta dan Jurulapor di Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia 2023 pada 3-4 Ogos 2023 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 

Rabu, Ogos 02, 2023

Kata-kata Hikmah: Membaca

 

Teks kredit dari Facebook

Selasa, Ogos 01, 2023

Motivasi Positif 1 Ogos 2023

 Slot Motivasi Pagi oleh Imam Muda Hasan bagi slot Warna Pagi di IKIMfm bertarikh 1 Ogos 2023. Imam Muda Hasan berkongsi mengenai tiga perkara:

1. Positive Self-Talk

2. Positive Visualisation

3. Positive People 



Foto kredit: Internet