Foto kredit Internet
TANGGAL 20 Januari ini, Taiping bakal menyambut ulang tahun ke-150. Sebagai salah sebuah daerah yang penuh bersejarah dan mempunyai warisan tersendiri, Taiping turut menjadi tumpuan sebagaimana bandar-bandar lain sejak dahulu lagi.
Bagaimanapun, tarikh sambutan ulang tahunnya yang ke-150 pada 20 Januari ini hakikatnya bukanlah tarikh sebenar kewujudan bandar Taiping.Ada sejarah yang perlu diperbetulkan tentang tarikh tersebut bagi memastikan faktanya lebih tepat. Menurut Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee, tarikh sebenar kewujudan bandar Taiping adalah pada 20 Februari 1874 dan bukannya 20 Januari disebabkan fakta yang pernah tercatat.
“Pada 20 Februari 1874, Menteri Ngah Ibrahim bersama Kapten Speedy dan pemimpin dua kumpulan kongsi gelap iaitu Ghee Hin serta Hai San menandatangani satu dokumen menerusi Suruhanjaya Perdamaian Larut bagi menyelesaikan pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap ini.