Memaparkan catatan dengan label perak darul ridzuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perak darul ridzuan. Papar semua catatan

Jumaat, November 13, 2026

Bertemu Timbalan Mufti Negeri Perak


Saya berpeluang bertemu dengan Timbalan Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim.

Antara petikan nasihat beliau ialah:

"Dalam menghadapi cabaran zaman, setiap peringkat masyarakat dipanggil menegakkan hikmah. Utamakan persamaan, sambut perbezaan dengan toleransi dan jauhi fitnah serta persengketaan yang mencetuskan retak dalam masyarakat. Hiasilah diri dengan akhlak terpuji, lapangkan dada dan suburkan semangat muhibah dalam setiap percakapan dan tindakan baik sesama Muslim mahupun dalam ruang masyarakat majmuk"
4 Nov 2026

Jumaat, November 06, 2026

Kibarkan Bendera Negeri Perak

 

Pada 1 Mac 1879, dalam Majlis Mesyuarat Negeri Perak Raja Muda Yusuf yang memegang jawatan sebagai Pemangku Sultan Negeri Perak pada waktu itu telah meluluskan usul untuk mewujudkan bendera untuk negeri Perak.
Dalam usul tersebut, terdapat gambaran bendera yang mempunyai 3 jalur warna yang sepertimana kita dalam lihat pada hari ini dalam warna jalur bendera negeri Perak Darul Ridzuan.
Warna tiga jalur putih, kuning dan hitam dalam bendera negeri Perak ini melambangkan sebagai kedaulatan Sultan, Raja Muda dan Raja Bendahara pada waktu itu. Dan untuk makluman anda, pada tahun 1956, warna jalur hitam pada bendera negeri Perak yang melambangkan Raja Bendahara telah digantikan kepada Raja DiHilir berikutan tentang hal pemansuhan gelaran tersebut. Begitulah ceritanya yang ringkas tentang sejarah kewujudan bendera Perak.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Ini adalah penghormatan kepada Sultan sebagai pemimpin tertinggi di negeri Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, yang merupakan pelengkap dalam struktur pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. Ini menggariskan peranan penting Raja Di Hilir dalam hierarki pemerintahan negeri Perak Darul Ridzuan.


Isnin, September 07, 2026

Roti Mokhtar - Ikon Slim River

 

Sumber: BH

Roti Mokhtar ialah antara produk makanan tradisional yang cukup terkenal di Slim River, Perak. Kilang roti ini telah wujud sejak sekitar 1949 dan masih mengekalkan kaedah pembuatan tradisional sehingga hari ini. [bharian.com.my]

Keistimewaan Roti Mokhtar ialah:

  • Dibakar menggunakan ketuhar batu bata lama yang berusia puluhan tahun. [bharian.com.my]
  • Menggunakan kayu api dan tempurung sebagai bahan bakar, menghasilkan aroma dan rasa yang berbeza daripada roti moden. [bharian.com.my]
  • Dihasilkan segar setiap hari di Kampung Masjid Lama, Kampung Manggis, Slim River. [eznakhalili.com], [bharian.com.my]
  • Menawarkan pelbagai jenis roti seperti roti kaya, kelapa, kacang, krim, bijan, roti kosong dan beberapa variasi lain. [bharian.com.my], [eznakhalili.com]

Ramai pengunjung yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan akan singgah ke Kilang Roti Mokhtar kerana lokasinya yang tidak jauh dari Tol Slim River. Roti yang baru keluar dari ketuhar menjadi tarikan utama dan telah menjadikan Roti Mokhtar sebagai salah satu ikon makanan tradisional Slim River.

Isnin, September 01, 2025

Seni Tekat Benang Emas Negeri Perak

Foto ihsan OrangPerak
Anugerah Tokoh Kraf Negara (Bidang Tekat Benang Emas) 
Foto ihsan Kraftangan Malaysia

Seni tekat benang emas merupakan warisan halus negeri Perak yang kaya dengan nilai estetika dan sejarah diraja. Ia melibatkan sulaman benang emas yang ditekat pada kain baldu menggunakan acuan motif yang dikenali sebagai mempulur, menghasilkan corak timbul yang lazimnya berbentuk bunga atau awan larat. Dahulu, seni ini hanya digunakan oleh kerabat diraja dalam majlis istiadat seperti perkahwinan, pertunangan, dan khatam Al-Quran, menjadikannya simbol kemewahan dan kehalusan budaya Melayu Perak. Bandar Diraja Kuala Kangsar menjadi pusat utama penghasilan tekat, dan tokoh seperti Raja Nuteh Aishah, permaisuri Sultan Idris I, dikenali sebagai tukang tekat yang mahir dan disegani. Walaupun seni ini semakin jarang diamalkan, ia tetap menjadi lambang keindahan warisan yang perlu dipelihara dan dihargai oleh generasi masa kini.

Baca hantaran OrangPerak

Baca hantaran Perak World 

Khamis, Mei 08, 2025

Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu: Kutipan Ditutup

 

Foto ihsan SiakapKeli

Rabu, Mac 05, 2025

Etnik-etnik di Perak


Ini antara etnik-etnik yang ada dalam negeri Perak. Inilah sebabnya Perak ni banyak dia punya loghat dan tak sama antara daerah dan daerah yang lain. Pakcik lahir di Kuala Kangsar tapi membesornya di Taiping, maka ada dua loghat yang berbeza dipertuturkan.

26 Feb 2025

Sumber: Seladang Perak

Jumaat, Januari 24, 2025

Peta Jejak Warisan Taiping

 


Sumber: FB Majlis Perbandaran Taiping

Isnin, Januari 20, 2025

Ma'ahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol (1934)

Foto ihsan FB Asri Talib
Bangunan asal Ma'ahad (Foto ihsan Arkib Negara Malaysia)
Bangunan Ma'ahad terkini (Foto ihsan Jasz_Aqilz)
Foto ihsan Jasz_Aqilz
Foto ihsan Arkib Negara Malaysia
Foto ihsan MetroTV

Terbangunlah sebuah sekolah pada 1 Muharram 1353 bersamaan 15 April 1934 yang diberi nama Madrasah Al-Ehya Asshariff. Di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Madrasah ini telah maju setapak demi setapak. Dengan terdirinya Madrasah ini juga, pondok Ar-Rahmaniah telah dibubarkan oleh Tuan Guru Haji Abd. Rahman yang turut sama memerah tenaga membangunkan Madrasah Al-Ehya Asshariff pimpinan menantunya Ustaz Abu Bakar al-Baqir itu. Pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim, Tuan Haji Abd. Manaf dan lain-lain turut berkorban harta serta masa untuk menjayakan madrasah ini.

Baca lagi di sini

Sumber:

Arkib Negara Malaysia: https://pustakailmu.arkib.gov.my/index.php/ms/pustaka-ilmu/mercu-tanda/maahad-al-ehya-asshariff-gunung-semanggol

MetroTV: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/232824/jasa-al-ehya-metrotv

Ahad, Januari 19, 2025

Pengat Roti Kapal dari Perak

Foto ihsan MyResepi

Pengat Roti Kapal, Popular Di Perak Tengah dan Kuala Kangsar.

Sejenis bubur manis berlemak air tangan orang lama yang terkenal di Parit, Bota, Lambor dan Kuala Kangsar. Walaupun cara memasaknya cukup ringkas dan mudah tetapi nak beli biskut roti kapal sebenarnya sedikit susah sekarang. Oleh itu, ada juga yang gantikannya dengan biskut osborne yang lebih mudah didapati di pasaran, tapi rasanya tak sama dengan roti kapal le. Ada juga tambah sagu sedikit ataupun makan dengan air susu, pun boleh.

Cara memasak Pengat Roti Kapal dari Perak:

1. Panaskan air dengan gunakan sebiji kelapa untuk dijadikan santan sebagai kuah pengat.

2. Santannya kene pekat wehhh dah menggelegak baru letak roti kapa tu gaul kejap je tutup api. Dia kembang sendiri, kemudian kuah kene manis lemak masin

3. Masukkan biskut roti kapal dalam periuk, letak terus seketul atau pecahkannya pun boleh juga

4. Masukkan gula putih secukup rasa dan garam secubit. Jangan lupa letak daun pandan nak bagi harum wangi bubur tu nanti

4. Tunggu sehingga naik bau harum, boleh terus hidangkan untuk dimakan

Sejenis bubur unik yang menggunakan roti kapal sebagai asas bahan masakannya.

Sumber: FB Seladang Perak

Rabu, Disember 11, 2024

Bertandang Sejenak di Bekor

 

Sumber: Karyawan Perak 

Jumaat, November 15, 2024

Pusat Pusat Pemerintahan Kesultanan Negeri Perak


Senarai Pusat Pemerintahan Kesultanan Negeri Perak

1. Tanah Abang, Mukim Bota
2. Kota Lama Kanan
3. Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah
4. Semat dalam Mukim Senggang
5. Bota Kanan Atau Dahulunya Dikenali Sebagai Berahman Indera
6. Pulau Tiga, Kampung Gajah
7. Pulau Cempaka Sari (nama lama) / Pulau Indera Sakti (nama baru) Di Kuala Sungai Kinta, Kampung Gajah
8. Pasir Pulai Indera Mulia, Kampung Gajah
9. Bandar Baharu, Kampung Gajah
10. Pasir Panjang, Kampung Gajah
11. Durian Sebatang, Teluk Intan
12. Sayong, Kuala Kangsar
13. Batak Rabit, Teluk Intan
14. Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Sejak zaman pemerintahan Sultan Perak yang terawal, di mana lokasi pusat pemerintahan Sultan Perak berada maka disitulah juga wujudnya lokasi istana buat Sultan Perak menetap dan bersemayam. Istana Sultan sentiasa berubah-ubah dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar.

Sumber: Orang Perak

Isnin, November 04, 2024

500 Tahun Kesultanan Perak

 

Sumber: Kosmo 

Baca juga artikel Perak Sejahtera 2030 

Selasa, Februari 20, 2024

Buku Sejarah Negeri Perak

Sumber: Internet 

Khamis, Januari 25, 2024

Pulau Misa Melayu di Bota Kiri, Perak

Allah Diagung, Agama Dijunjung
Raja Disanjung, Rakyat Dipayung 

Foto ihsan TikTok Ummu Ain

Baca beberapa hantaran dalam blog:

Selasa, Oktober 31, 2023

Pudarnya dialek di Perak beri kesan terhadap identiti, jati diri - Pakar Bahasa


Pudarnya dialek di Perak beri kesan terhadap identiti, jati diri - Pakar Bahasa

HM - 28 Okt 2023

Ipoh: Perak mempunyai pelbagai bahasa dialek kerana bersempadan dengan banyak negeri lain, namun pertuturan dalam bahasa itu yang semakin kurang digunakan terutama dalam kalangan generasi muda memberi kesan terhadap identiti dan jati diri masyarakat.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin berkata, menerusi kajiannya berkenaan penggunaan dialek di seluruh Perak, beliau mendapati golongan remaja negeri itu terutamanya mereka yang berusia 15 tahun ke bawah tidak bertutur dalam dialek Perak.

Beliau berkata, antara alasan yang diberikan adalah kerana bimbang sekiranya mereka terbawa-bawa menulis karangan dalam bahasa dialek, sedangkan di sekolah hanya menggunakan bahasa baku, selain berasa malu untuk bertutur dalam dialek berkenaan.

Rabu, Jun 02, 2021

Direktori Kartunis Perak

 

Direktori Kartunis Perak
Penerbit: Koloni Karyawan Aman Jaya (People of Remarkable Talents-PORT)
ISBN: 978-967-176-8525
Nak beli, sila WA ke www.wasap.my/+60134901775