Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan

Rabu, Disember 17, 2025

Buku, Ilmu 'terlupa untuk mati' di Gaza

 Buku, ilmu 'terlupa untuk mati' di Gaza
Foto ihsan Berita Harian 

Berita Harian – 12 Disember 2025 oleh Nazmi Yaakub

ENGKAUKAH itu lagi? Tidakkah aku sudah membunuhmu?

Kataku: Kau telah membunuhku ... dan aku terlupa, sepertimu, untuk mati.

~ Puisi Di Dalam al-Quds karya sasterawan Palestin, Mahmoud Darwish

Golongan penyair suka menjadikan kata-kata sebagai metafora batu-bata yang membina puisi. Mereka seolah-olah mengutip kata dan diksi, menyusunnya sebagai binaan demi membangunkan karya puitis mengungkapkan falsafah serta pemikiran hasil renungan dan pengamatan dalam hidup terutama dihampar kerikil tajam.

Hasilnya, sesebuah puisi agung boleh bertahan berabad-abad ketika menara dan gedung dibangunkan dalam peradaban tidak mungkin menahan gegaran kemusnahan akibat serangan dari luar mahupun durjana dari dalam.

Omar Hamad dan Ibrahim, dua lelaki dari Gaza ini bagaimanapun bukanlah penyair, tetapi apa yang mereka lakukan secara harfiahnya adalah mengutip kata-kata demi membangunkan sesuatu binaan yang boleh menampung bukan sahaja puisi, bahkan seluruh genre daripada karya sastera dan kreatif kepada teks sekolah, universiti, buku popular serta ilmiah.

Kedua-duanya mempunyai banyak persamaan, iaitu pembaca tekal, pemilik kutubkhanah peribadi hinggalah penghuni 'penjara terbuka terbesar di dunia' yang dibom rejim Israel sampai pepatah padang jarak padang tekukur tidak mungkin menjadi 'kata sifat' kepada wilayah lain dalam dunia moden kecuali Gaza.

Sejak 8 Oktober 2023 apabila rejim Israel menghantar mesej amaran supaya penduduk Beit Hanoun meninggalkan kediaman dan serangan genosid mula dilancarkan, Omar mengemas barang dan keperluan penting tetapi ketika berada di hadapan perpustakaan peribadinya, beliau memutuskan 'buku yang lebih berat daripada emas' itu wajib dibawa bersama.

Apa terjadi selepas itu bukan hanya kisah pelarian dari satu lokasi ke lokasi untuk menyelamatkan nyawa seperti dialami lebih 2.23 juta warga Gaza, tetapi satu perjalanan memunggah perpustakaan demi mengelaknya daripada turut hancur bersama bangunan dibom Israel atau berkecai bersama hilangnya nyawa orang awam yang kini melepasi angka 70,000 jiwa.

Namun, buku dibawanya dalam but kereta dari Beit Hanoun ke Gaza City, akhirnya di Hospital al-Amal di Khan Younis, terpaksa ditinggalkan Omar dengan sepotong nota, 'Sesiapapun yang menemukan buku ini, tolonglah jaganya dengan baik' selepas tentera Israel menyerbu bangunan berkenaan dan mengheret mereka semua keluar.

Selamatkan buku dari runtuhan bangunan universiti

Selepas tentera berundur, Omar dengan hati rusuh kembali ke hospital itu, tetapi lega melihat bukunya kekal utuh tak terusik. Namun, kisah perjalanan itu tidak tamat, sebaliknya pelarian dan perjalanan memelihara kutubkhanahnya berterusan dari timur ke barat Rafah, al-Mawasi dan Deir al-Balah, sebelum akhirnya balik ke Beit Hanoun selepas gencatan senjata pertama dicapai.

Omar bersama rakannya, Ibrahim dan Hussam memanfaatkan ruang gencatan itu untuk menyelamatkan koleksi buku di sebalik runtuhan Universiti Islam di Gaza, lalu mengisinya di dalam khemah tempat perlindungan sementaranya.

Bagaimanapun apabila gencatan senjata dicabuli - tentunya oleh Israel - Omar melakukan perkara sama, bukan hanya menyelamatkan diri tetapi koleksi buku dimilikinya dan apabila gencatan kedua sekali lagi dicapai, beliau kembali dengan semangat sama.

Itu kisah Omar. Ibrahim pula jatuh cinta dengan buku ketika mengikuti pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris di Universiti al-Aqsa. Meskipun berdepan gangguan bekalan elektrik - siapa lagi dalangnya kalau bukan Israel -, beliau menguliti Hamlet, siri Harry Potter, karya puisi Mahmoud Darwish dan Tamim Al-Barghouti serta naskhah realisme magis Gabriel Garcia Marquez.

Selesai pengajian, Ibrahim mendidik generasi muda menyintai bahasa dan bekerja sebagai penterjemah bebas hingga membuka pusat pendidikan di Beit Hanoun. 'Kemudian genosid pun datang,' kata Ibrahim, 'Dua tahun penuh dengan pembunuhan, pembakaran, kebuluran, pengungsian dan kemusnahan. Mereka menghancurkan rumah, impian dan seluruh generasi. Namun, mereka tidak pernah berjaya membunuh semangat kami.'

Kabinet buku masih utuh di atas runtuhan

Seperti Omar dan warga Gaza yang kini menurun kepada 2.1 juta orang, Ibrahim juga berpindah-randah - walaupun perkataan itu tidak 'adil' untuk menggambarkan apa dialami mereka - yang hanya dapat kembali ke timur Beit Hanoun ketika gencatan pertama.

Apa ditemui hanyalah puing-puing rumahnya bersama memori zaman kanak-kanak berselerakan dengan runtuhan. Namun, Ibrahim menyaksikan kabinet kecil mengisi bukunya masih utuh seolah-olah enggan mati, sekali gus menumbuhkan semangat baharu.

Dari saat itu, tekad Ibrahim, beliau mahu membina perpustakaan dari titik kemusnahan hingga menjadi tempat untuk buku diselamatkan dan ilmu bangkit daripada runtuhan yang membuktikan dinding mungkin roboh tetapi kesedaran tidak, perlawanan hidup dalam idea yang tidak berjaya dihancurkan dan buku sampai terlebih dahulu kepada anak-anak sebelum kejahilan dapat tiba.

"Perpustakaan lahir daripada runtuhan untuk mengisytiharkan kami masih di sini, masih membaca, masih memasang impian dan masih membentuk masa depan yang cuba dipadamkan mereka," tulisnya.

Kedua-dua kisah yang lebih ajaib daripada fiksyen namun begitu ia tetap benar, dirakam Omar dan Ibrahim dalam laman web pendanaan awam, chuffed, dalam usaha mereka membina perpustakaan pertama di Gaza selepas genosid. Ia kini mendapat perhatian banyak pihak termasuk portal sastera, Literary Hub, akhbar Jordan Times dan Facebook The Palestine Project, selain pempengaruh buku.

Pastinya masih banyak rakaman ajaib, termasuk universiti mula dibuka seperti Universiti al-Azhar dan Universiti Islam Gaza, meskipun dalam tempoh dua tahun ini, sebanyak 100 bangunan institusi pengajian tinggi (IPT) dimusnahkan Israel dan kira-kira 200 kakitangan dibunuh rejim Zionis itu.

Baik catatan peribadi seperti Omar dan Ibrahim mahupun kisah institusi, ia mengajar kita mengenai inti ketahanan kemanusiaan serta peradaban, iaitu buku dan ilmu tidak mudah untuk dimusnahkan walaupun Israel melancarkan serangan genosid, termasuk dengan bantuan persenjataan dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah lain selama 24 jam tujuh hari seminggu sepanjang dua tahun ini.

Ini kerana - meminjam potongan puisi Mahmoud Darwish - buku dan ilmu terlupa untuk mati.

Penulis adalah Pengarang Berita (Rencana) BH

Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2025/12/1484044/buku-ilmu-terlupa-untuk-mati-di-gaza

Sabtu, Januari 13, 2024

Solidarity Walk For Palestine

 

Program Solidarity Walk For Palestine diadakan pada 13 Jan 2024 sekitar jam 8.00 pagi dengan disertai oleh YB Tuan Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam. 

#FreePalestine #FreeGaza UniteForPalestine 

Rabu, November 15, 2023

Solidariti HIJAU Sedunia

 



Solidariti HIJAU Sedunia
15 Nov 2023

Selasa, Oktober 24, 2023

Himpunan Malaysia Bersama Palestin

 

Foto: Utusan Borneo

Isnin, Oktober 23, 2023

Orang Melayu pertahankan Palestin sejak tahun 1930


Foto: Ahlulbayt Islamic Mission

18/10/2023 | Oleh Dr. Abu Hanifah Haris

PERJUANGAN rakyat Palestin bagi membebaskan tanah air mereka bukanlah asing bagi orang Melayu. Orang Melayu sebenarnya sudah bersimpati dan membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh imigran Yahudi sejak tahun 1930 lagi, iaitu ketika krisis penindasan rakyat Palestin sedang berkembang pesat. Akhbar Semangat Islam melaporkan bahawa Haji Abu Bakar Ashaari, Presiden al-Jamiyyah al-Khairiyyah al-Ṭalabiyyah al-Azhariyyah al-Jawah (Persatuan Kebajikan Pelajar Jawi al-Azhar) bersama-sama sahabatnya Abdul Kahar Muzakkir tiba di Palestin pada tahun 1930. Dalam pertemuan tersebut, Suruhanjaya Buraq al-Sharif ditubuhkan di bawah Liga Bangsa bagi mengelakkan tercetusnya konflik antara agama.

Pada tahun 1931, Mufti Jurusalem iaitu Hajj Amin al-Husayni telah menganjurkan Persidangan Umum Islam di Palestin bagi menyatukan pandangan umat Islam dalam rangka mempertahankan bumi Palestin. Dalam persidangan tersebut, Abdul Kahar Muzakkir telah dilantik sebagai Setiausaha Muktamar Alam Islami. Dalam hal ini, status sebagai pelajar tidak pernah menghalang pelajar Melayu di Mesir untuk mengambil berat terhadap saudara seagama mereka di Palestin, malah turut sama memberikan buah fikiran bagi menyelesaikan konflik tersebut.

Sabtu, Oktober 21, 2023

Balada Seorang Gadis Kecil - Zubir Ali (1949-2009)

Foto kredit Internet 

Balada Seorang Gadis Kecil - Zubir Ali (1982)

Tontoni video di sini 

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila

Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Pada suatu senja
Langit Syatila

Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

Berapa banyak lagi
Gadis kecil tak berdosa
Akan menjadi mangsa kekejaman manusia
Berapa abad lagi
Gadis kecil seperti Munir
Akan menjadi korban
Peperangan

Nota: Arwah Zubir Ali merupakan bekas anggota kumpulan Harmoni yang ditubuhkan pada tahun 1973 di ITM. 

Jumaat, Oktober 20, 2023

Peta asal Palestin

 

Sumber: Internet (Domain Awam)
Sumber: Internet (Domain Awam)


Sabtu, Oktober 14, 2023

Doa Untuk Palestin

 

Foto: Reuters

Ahad, Ogos 07, 2016

Palestin hilang dari peta dunia

Dahulunya ianya sebuah negara di dalam peta dunia