Foto ihsan Internet
Seseorang Yang Bijak Pernah Berpesan.
1. Jangan menelefon seseorang lebih daripada dua kali secara berturutan. Mungkin mereka tidak boleh menerima panggilan anda kerana ada perkara lain yang lebih penting;
2. Bayar hutang anda sebelum orang yang memberi pinjaman mengingatkan atau memintanya. Ia mencerminkan integriti dan perwatakan anda. Begitu juga dengan payung, pen, atau apa saja yang anda pinjam;
4. Jangan tanya soalan seperti 'Oh! Jadi anda belum berkahwin?' Atau 'Dah berapa orang anak?' atau 'Mengapa anda belum membeli rumah?' Atau “Mengapa anda tidak membeli kereta yang lebih besar?’ Sebenarnya itu bukannya masalah anda, dan anda tidak perlu tahu jawapan kepada soalan-soalan berkenaan;
5. Sentiasa buka pintu untuk orang yang berada di belakang anda. Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, senior atau junior. Anda tidak menjadi hina jika berbuat baik kepada seseorang dan anda tidak perlu kenal orang tu pun;
6. Sekiranya anda menaiki teksi atau e-hailing dengan rakan dan dia yang membayar tambang. Lain kali anda pula cuba bayar;
7. Hormati sebarang perbezaan pendapat. Ingat, kita semua bukan memakai kasut yang sama. Selain itu, kadang-kadang pendapat yang berbeza adalah baik sebagai alternatif;
8. Jangan sekali-kali menyampuk atau mencelah orang yang sedang bercakap. Biarkan mereka bercakap. Dengar semua dan nilai atau tapis semua;
9. Sekiranya anda mengejek atau memperlekeh seseorang, dan mereka tidak menyukainya, hentikan dan jangan lakukannya lagi;
10. Ucapkan "terima kasih" bila seseorang menolong anda;
11. Berikan pujian secara terbuka, tetapi kritiklah secara peribadi atau tersembunyi;
12. Tiada alasan untuk anda memberi komen mengenai berat badan, penampilan seseorang. Katakan saja, "anda kelihatan hebat." Jika mereka mahu bercakap tentang penampilan mereka, mereka akan lakukannya;
13. Jika seseorang menunjukkan foto pada telefon mereka, jangan leret ke kiri atau kanan. Anda tidak tahu apa yang ada dalam paparan berikutnya;
14. Sekiranya rakan sekerja memberitahu anda bahawa mereka mempunyai janji temu doktor, jangan tanya untuk apa, katakan saja "saya harap anda baik-baik saja". Jangan letakkan mereka dalam kedudukan yang tidak selesa kerana harus memberitahu anda penyakit peribadi mereka. Sekiranya mereka mahu anda tahu, mereka akan berkongsi tanpa anda minta;
15. Layan pekerja bawahan dengan rasa hormat yang sama seperti CEO. Tiada sesiapa yang akan kagum dengan kesombongan anda terhadap seseorang tetapi orang akan lebih ingat jika anda melayan semua orang dengan rasa hormat;
16. Perbuatan menatap skrin telefon adalah tidak sopan jika seseorang sedang bercakap dengan anda;
17. Jangan sekali-kali memberi nasihat kecuali diminta;
18. Semasa bertemu seseorang setelah sekian lama, jangan tanya tentang usia, kedudukan dan gaji mereka, kecuali jika mereka ingin membicarakannya;
19. Jangan suka menyibuk hal orang lain, kecuali ia melibatkan anda secara langsung;
20. Tanggalkan cermin mata hitam anda jika bercakap dengan seseorang sebagai tanda hormat. Ingat, eye contact sama penting dengan apa yang anda ucapkan;
21. Jangan sekali-kali bercakap tentang kekayaan anda di tengah-tengah orang miskin atau bercakap tentang anak anda dalam kalangan mereka yang tiada anak;
22. Setelah membaca kiriman mesej yang baik, di media sosial, cuba ucapkan "terima kasih atas mesej berkenaan" atau sekurang-kurangnya memberikan tanda ikon/emoji yang bersesuaian.
Sumber: FB Tiger Nazari A Hamid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan