Melawat pameran lukisan 'Color of Malaysia @Taiping' di Taiping Sentral Mall. Lokasinya di Tingkat 1 berhadapan dengan Kaunter Informasi.
Rabu, Disember 31, 2025
Color of Malaysia @Taiping
Melawat pameran lukisan 'Color of Malaysia @Taiping' di Taiping Sentral Mall. Lokasinya di Tingkat 1 berhadapan dengan Kaunter Informasi.
Selasa, Disember 30, 2025
Berjalan-jalan di Taman Tasik Taiping
Isnin, Disember 29, 2025
Ahad, Disember 28, 2025
Kerusi Ini Masih Kosong
Sabtu, Disember 27, 2025
Pejabat Pos Lumut
Jumaat, Disember 26, 2025
Ride the Lightning
Khamis, Disember 25, 2025
Bukit Malawati, Kuala Selangor
Pekan Lama Kuala Selangor
Bila hujan turun jadi bah
Nampak pulak burung merbah
Kuala Selangor marilah singgah
Tempat indah penuh sejarah
Rabu, Disember 24, 2025
Tasik Raja Lumu, Shah Alam
Selasa, Disember 23, 2025
Kedah Digital Library
Perpustakaan Digital Kedah ialah sebuah pusat ilmu moden di Alor Setar yang menawarkan akses kepada e-buku, e-jurnal, artikel penyelidikan serta ruang bacaan dan kerja bersama. Ia terletak di Taman Jubli Perak dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum.
Gambaran Umum
Lokasi: Taman Jubli Perak, Alor Setar, Kedah
Konsep: Reka bentuk moden, mesra alam, dengan pencahayaan semula jadi dan suasana terbuka
Kemudahan:
Akses kepada sumber digital (e-buku, e-jurnal, artikel, kertas penyelidikan)
Ruang bacaan luas dan selesa
Ruang kerja bersama (coworking space) untuk pelajar & profesional
Bilik mesyuarat untuk perbincangan atau acara kecil
Waktu Operasi
Mengikut maklumat rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK):
Ahad – Khamis: 9.00 pagi – 6.00 petang
Sabtu: 9.30 pagi – 6.00 petang
Jumaat & Cuti Umum: Tutup
Akses Digital
Selain lawatan fizikal, pengguna boleh mengakses koleksi digital melalui platform OverDrive Kedah Digital Library:
Jenis bahan: e-buku fiksyen & bukan fiksyen, travelog, buku agama, kewangan, pembangunan mampan, dll
Cara guna: Log masuk dengan akaun perpustakaan untuk meminjam bahan bacaan secara digital
Perbandingan Perkhidmatan
| Aspek | Kedah Digital Library (Fizikal) | OverDrive Kedah (Digital) |
|---|---|---|
| Lokasi | Taman Jubli Perak, Alor Setar | Online (akses global) |
| Jenis bahan | Buku fizikal, ruang bacaan, bilik mesyuarat | E-buku, e-jurnal, artikel |
| Kemudahan tambahan | Coworking space, mesyuarat, suasana mesra alam | Pinjaman digital, boleh diakses 24/7 |
| Waktu operasi | 9 pagi – 6 petang (tutup Jumaat & cuti umum) | Tiada had masa, bergantung pada internet |
Tarikan Utama
Reka bentuk mesra alam: menggunakan bahan binaan lestari dan pencahayaan semula jadi
Lokasi strategik: mudah diakses oleh penduduk Kedah dan pelawat luar
Koleksi digital luas: dari karya tempatan hingga antarabangsa
Integrasi dengan PPAK: katalog atas talian untuk mencari bahan fizikal
Kesimpulan
Perpustakaan Digital Kedah bukan sekadar tempat membaca, tetapi pusat komuniti yang menggabungkan teknologi dengan suasana pembelajaran moden. Ia sesuai untuk pelajar, penyelidik, profesional, dan masyarakat umum yang ingin mengakses ilmu secara fizikal atau digital.
Isnin, Disember 22, 2025
Arkib Negara perkukuh akses warisan negara
KUALA LUMPUR, 19 Dis: Lebih 11 juta imej arkib telah berjaya didigitalkan oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) setakat November lepas, sekali gus memperkukuh usaha memelihara dan memudahkan akses warisan negara. Ketua Pengarah ANM Zaidin Mohd Noor berkata pencapaian itu menunjukkan komitmen berterusan pihaknya dalam memastikan bahan arkib dapat diakses generasi kini dan akan datang
Ahad, Disember 21, 2025
Papa Zola The Movie
Papa Zola, a head of a family and a father who works as a food delivery rider and several other part-time jobs in order to support his family's life. However, behind their normal life, Papa Zola and his wife Mama Zila actually do not remember the past story they once went through, which was protecting Earth from aliens as members of the Protect and Prevent Agency (PAPA).
One day, Papa Zola's daughter, Pipi, is kidnapped by aliens, this causes Papa Zola to return to the PAPA agency together with YonB to save his daughter. At the same time, the aliens try to use the Power Sphera Cimubot to change the real world into a simulation world with the purpose of conquering Earth.
Now Papa Zola has a clear mission; save the world and his daughter Pipi.
Sabtu, Disember 20, 2025
Rojak Karim
Kalau di Taiping, tak sahlah kalau tak pekena Ansari Famous Cendol. Tapi bila kita kat Shah Alam ni, kita cari ganti dia, Rojak Karim (Seksyen 9) atau Cendoi Pak Akob (Seksyen 16).
Jumaat, Disember 19, 2025
Khamis, Disember 18, 2025
Stand Up Meeting
Stand‑up meeting ialah mesyuarat ringkas yang biasanya dilakukan secara berdiri untuk memastikan ia kekal pendek dan fokus. Ia sangat biasa dalam pasukan teknologi, projek Agile, atau mana‑mana pasukan yang perlukan kemas kini harian.
🧩 Tujuan utama stand‑up meeting
Memberi kemas kini cepat tentang apa yang setiap orang sedang buat
Mengenal pasti halangan atau masalah yang perlukan bantuan
Menyelaraskan kerja supaya semua orang berada pada haluan yang sama
Mengelakkan mesyuarat panjang yang tidak produktif
⏱️ Berapa lama?
Biasanya 10–15 minit sahaja.
🗣️ Apa yang biasanya dibincangkan?
Setiap ahli pasukan jawab tiga perkara:
Apa yang saya buat semalam
Apa yang saya akan buat hari ini
Ada apa‑apa halangan yang mengganggu kerja
Rabu, Disember 17, 2025
Buku, Ilmu 'terlupa untuk mati' di Gaza
Berita
Harian – 12 Disember
2025 oleh Nazmi Yaakub
ENGKAUKAH itu lagi?
Tidakkah aku sudah membunuhmu?
Kataku: Kau telah
membunuhku ... dan aku terlupa, sepertimu, untuk mati.
~ Puisi Di
Dalam al-Quds karya sasterawan Palestin, Mahmoud Darwish
Golongan penyair suka
menjadikan kata-kata sebagai metafora batu-bata yang membina puisi. Mereka
seolah-olah mengutip kata dan diksi, menyusunnya sebagai binaan demi
membangunkan karya puitis mengungkapkan falsafah serta pemikiran hasil renungan
dan pengamatan dalam hidup terutama dihampar kerikil tajam.
Hasilnya, sesebuah
puisi agung boleh bertahan berabad-abad ketika menara dan gedung dibangunkan
dalam peradaban tidak mungkin menahan gegaran kemusnahan akibat serangan dari
luar mahupun durjana dari dalam.
Omar Hamad dan
Ibrahim, dua lelaki dari Gaza ini bagaimanapun bukanlah penyair, tetapi apa
yang mereka lakukan secara harfiahnya adalah mengutip kata-kata demi
membangunkan sesuatu binaan yang boleh menampung bukan sahaja puisi, bahkan
seluruh genre daripada karya sastera dan kreatif kepada teks sekolah,
universiti, buku popular serta ilmiah.
Kedua-duanya mempunyai
banyak persamaan, iaitu pembaca tekal, pemilik kutubkhanah peribadi hinggalah
penghuni 'penjara terbuka terbesar di dunia' yang dibom rejim Israel sampai
pepatah padang jarak padang tekukur tidak mungkin menjadi 'kata sifat' kepada
wilayah lain dalam dunia moden kecuali Gaza.
Sejak 8 Oktober 2023
apabila rejim Israel menghantar mesej amaran supaya penduduk Beit Hanoun
meninggalkan kediaman dan serangan genosid mula dilancarkan, Omar mengemas barang
dan keperluan penting tetapi ketika berada di hadapan perpustakaan peribadinya,
beliau memutuskan 'buku yang lebih berat daripada emas' itu wajib dibawa
bersama.
Apa terjadi selepas
itu bukan hanya kisah pelarian dari satu lokasi ke lokasi untuk menyelamatkan
nyawa seperti dialami lebih 2.23 juta warga Gaza, tetapi satu perjalanan
memunggah perpustakaan demi mengelaknya daripada turut hancur bersama bangunan
dibom Israel atau berkecai bersama hilangnya nyawa orang awam yang kini
melepasi angka 70,000 jiwa.
Namun, buku dibawanya
dalam but kereta dari Beit Hanoun ke Gaza City, akhirnya di Hospital al-Amal di
Khan Younis, terpaksa ditinggalkan Omar dengan sepotong nota, 'Sesiapapun yang
menemukan buku ini, tolonglah jaganya dengan baik' selepas tentera Israel
menyerbu bangunan berkenaan dan mengheret mereka semua keluar.
Selamatkan buku dari
runtuhan bangunan universiti
Selepas tentera
berundur, Omar dengan hati rusuh kembali ke hospital itu, tetapi lega melihat
bukunya kekal utuh tak terusik. Namun, kisah perjalanan itu tidak tamat,
sebaliknya pelarian dan perjalanan memelihara kutubkhanahnya berterusan dari
timur ke barat Rafah, al-Mawasi dan Deir al-Balah, sebelum akhirnya balik ke
Beit Hanoun selepas gencatan senjata pertama dicapai.
Omar bersama rakannya,
Ibrahim dan Hussam memanfaatkan ruang gencatan itu untuk menyelamatkan koleksi
buku di sebalik runtuhan Universiti Islam di Gaza, lalu mengisinya di dalam
khemah tempat perlindungan sementaranya.
Bagaimanapun apabila
gencatan senjata dicabuli - tentunya oleh Israel - Omar melakukan perkara sama,
bukan hanya menyelamatkan diri tetapi koleksi buku dimilikinya dan apabila
gencatan kedua sekali lagi dicapai, beliau kembali dengan semangat sama.
Itu kisah Omar.
Ibrahim pula jatuh cinta dengan buku ketika mengikuti pengajian Pengajaran
Bahasa Inggeris di Universiti al-Aqsa. Meskipun berdepan gangguan bekalan
elektrik - siapa lagi dalangnya kalau bukan Israel -, beliau menguliti Hamlet,
siri Harry Potter, karya puisi Mahmoud Darwish dan Tamim Al-Barghouti serta
naskhah realisme magis Gabriel Garcia Marquez.
Selesai pengajian,
Ibrahim mendidik generasi muda menyintai bahasa dan bekerja sebagai penterjemah
bebas hingga membuka pusat pendidikan di Beit Hanoun. 'Kemudian genosid pun
datang,' kata Ibrahim, 'Dua tahun penuh dengan pembunuhan, pembakaran,
kebuluran, pengungsian dan kemusnahan. Mereka menghancurkan rumah, impian dan
seluruh generasi. Namun, mereka tidak pernah berjaya membunuh semangat kami.'
Kabinet buku masih
utuh di atas runtuhan
Seperti Omar dan warga
Gaza yang kini menurun kepada 2.1 juta orang, Ibrahim juga berpindah-randah -
walaupun perkataan itu tidak 'adil' untuk menggambarkan apa dialami mereka -
yang hanya dapat kembali ke timur Beit Hanoun ketika gencatan pertama.
Apa ditemui hanyalah
puing-puing rumahnya bersama memori zaman kanak-kanak berselerakan dengan
runtuhan. Namun, Ibrahim menyaksikan kabinet kecil mengisi bukunya masih utuh
seolah-olah enggan mati, sekali gus menumbuhkan semangat baharu.
Dari saat itu, tekad
Ibrahim, beliau mahu membina perpustakaan dari titik kemusnahan hingga menjadi
tempat untuk buku diselamatkan dan ilmu bangkit daripada runtuhan yang
membuktikan dinding mungkin roboh tetapi kesedaran tidak, perlawanan hidup
dalam idea yang tidak berjaya dihancurkan dan buku sampai terlebih dahulu
kepada anak-anak sebelum kejahilan dapat tiba.
"Perpustakaan
lahir daripada runtuhan untuk mengisytiharkan kami masih di sini, masih
membaca, masih memasang impian dan masih membentuk masa depan yang cuba
dipadamkan mereka," tulisnya.
Kedua-dua kisah yang
lebih ajaib daripada fiksyen namun begitu ia tetap benar, dirakam Omar dan
Ibrahim dalam laman web pendanaan awam, chuffed, dalam usaha mereka membina
perpustakaan pertama di Gaza selepas genosid. Ia kini mendapat perhatian banyak
pihak termasuk portal sastera, Literary Hub, akhbar Jordan Times dan Facebook
The Palestine Project, selain pempengaruh buku.
Pastinya masih banyak
rakaman ajaib, termasuk universiti mula dibuka seperti Universiti al-Azhar dan
Universiti Islam Gaza, meskipun dalam tempoh dua tahun ini, sebanyak 100
bangunan institusi pengajian tinggi (IPT) dimusnahkan Israel dan kira-kira 200
kakitangan dibunuh rejim Zionis itu.
Baik catatan peribadi
seperti Omar dan Ibrahim mahupun kisah institusi, ia mengajar kita mengenai
inti ketahanan kemanusiaan serta peradaban, iaitu buku dan ilmu tidak mudah
untuk dimusnahkan walaupun Israel melancarkan serangan genosid, termasuk dengan
bantuan persenjataan dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah lain selama
24 jam tujuh hari seminggu sepanjang dua tahun ini.
Ini kerana - meminjam
potongan puisi Mahmoud Darwish - buku dan ilmu terlupa untuk mati.
Penulis adalah Pengarang Berita (Rencana) BH
Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2025/12/1484044/buku-ilmu-terlupa-untuk-mati-di-gaza
Selasa, Disember 16, 2025
Repurposing university libraries
Malay Mail - 15 Dec 2025 By Alwyn Lau
DECEMBER 15 — Of all
the departments in an educational institution, the library has to be the most
paradoxical one. It's because that’s the place where people go to read
books and do research, right? But the key thing any visitor to a library inside
a Malaysian university will realise within five minutes of entering it is that
people hardly “read books” in these places anymore.
Today a library is
more like a multi-purpose commons.
A library nowadays is
where students go to "chill", to spend three hours checking their
WhatsApp or post photos on Instagram or, okay, even do some work on their
devices.
Does this make the
library look like your average Starbucks outlet?
Absolutely. If the campus has a paucity of space for students to hang out
before or after class, the library is where most of them will be if only to
kill time.
So, yeah, nowadays
it’s also hard to tell the difference between a campus library and a capsule-hotel
lounge. Furthermore, assuming the furniture is comfy
enough, it’s also where students (and lecturers) go to catch some shut eye;
sometimes this reminds me of an airport departure
gate for a red-eye flight.
For many college
campuses, the library is also usually attached to the computer labs. So it’s
also a chance for students who didn’t bring their laptops to do some online
work.
Put another way, a
college library today can be essentially an Internet cafe which
also happens to have bookshelves. Another purpose of a college library today is
providing event space. I’ve seen
interviews, talks, mini-shows, forums and even one or two (quiet?) musical
performances held at the centre of a library.
In many universities,
students reserve consultation rooms so half a dozen or so people can
brain-storm ideas for an upcoming assignment or society event. So,
hotels, watch out. The college next to you may offer business
centre/meeting room space to rival yours.
The point is a
library today is no longer the place where people “go to borrow and read
books”. Yet, for all the new (re)-purposes above, a library in 2025 remains the
place where "reading materials" are centralised.
However — and here’s
the rub — what if these "reading materials" are being accessed less
and less frequently? What if reading simply isn’t “done” as much as it used to
be? Wouldn’t this eat at the very heart of that entity we know as a library?
A superficial
"solution" here would be for libraries to be repurposed as media
centres (which is sort of what they’ve also been all
this time).
However, what if 90
per cent of the media students want can be accessed online via their devices?
What then? It’s like a cinema if almost everybody prefers to watch movies from
their homes: the very role of this entity (let alone the physical space!) would
be up in the air.
What would be the #1
purpose of any library other than a) a custodian of e-databases (which will
require way smaller physical spaces) and b) a physical repository of materials
which somehow cannot be downloaded or viewed online, surely a set of items
which are decreasing in number every week?
I mean, what can a
library or librarians do better than everybody else? Maybe that’s an urgent
meeting that should be held... in the library, of course.
Source: https://www.malaymail.com/news/opinion/2025/12/15/repurposing-university-libraries





























![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)

















