Jumaat, Januari 31, 2025
Khamis, Januari 30, 2025
Rabu, Januari 29, 2025
Kilang Roti Mokhtar, Slim River, Perak
Selasa, Januari 28, 2025
Isnin, Januari 27, 2025
Ahad, Januari 26, 2025
Dai Hakim dan Israk Mikraj
Majlis ilmu malam ini bersama Dai Hakim di Surau At-Taqwa, BBSA, Shah Alam. Beliau berkongsi mengenai Ibrah Israk Mikraj.
Sabtu, Januari 25, 2025
Kugiran Pop Yeh Yeh
Antara kugiran-kugiran yang telah wujud ketika zaman Pop Yeh Yeh suatu ketika dahulu:
M Osman & The Mods
Jefrydin & The Siglap Five
A Ramlie & The Rhythm Boys
Eddie Ahmad & The Antartics
Rikino Bajuri & The Clifters
Kassim Selamat & The Swallows
A Karim Jais & Les Fentones
A Romzi & The Hooks
Hussin Ismail & The Sandblues
Siti Zaiton & The Hornets
Salim I & The Wisma
M Ishak & The Young Lovers
A Rahman Hassan & Orkes Nirwana
A Rahman Onn & The Strangers
Les Flingers
Les Kafilas
L Ramlee & Teruna Ria
J Sham & The Wanderers
Roziah Latiff & The Jayhawkers
J Kamisah
A Halim
M Shariff & The Zurah
Jaafar O & The Click 4
Zam Zam & The Twilites
Jumaat, Januari 24, 2025
Khamis, Januari 23, 2025
Rabu, Januari 22, 2025
Selasa, Januari 21, 2025
Isnin, Januari 20, 2025
Ma'ahad Al-Ehya Asshariff, Gunung Semanggol (1934)
Terbangunlah sebuah sekolah pada 1 Muharram 1353 bersamaan 15 April 1934 yang diberi nama Madrasah Al-Ehya Asshariff. Di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Madrasah ini telah maju setapak demi setapak. Dengan terdirinya Madrasah ini juga, pondok Ar-Rahmaniah telah dibubarkan oleh Tuan Guru Haji Abd. Rahman yang turut sama memerah tenaga membangunkan Madrasah Al-Ehya Asshariff pimpinan menantunya Ustaz Abu Bakar al-Baqir itu. Pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim, Tuan Haji Abd. Manaf dan lain-lain turut berkorban harta serta masa untuk menjayakan madrasah ini.
Baca lagi di sini
Sumber:
Arkib Negara Malaysia: https://pustakailmu.arkib.gov.my/index.php/ms/pustaka-ilmu/mercu-tanda/maahad-al-ehya-asshariff-gunung-semanggol
MetroTV: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/232824/jasa-al-ehya-metrotv
Ahad, Januari 19, 2025
Pengat Roti Kapal dari Perak
Sejenis bubur manis berlemak air tangan orang lama yang terkenal di Parit, Bota, Lambor dan Kuala Kangsar. Walaupun cara memasaknya cukup ringkas dan mudah tetapi nak beli biskut roti kapal sebenarnya sedikit susah sekarang. Oleh itu, ada juga yang gantikannya dengan biskut osborne yang lebih mudah didapati di pasaran, tapi rasanya tak sama dengan roti kapal le. Ada juga tambah sagu sedikit ataupun makan dengan air susu, pun boleh.
Cara memasak Pengat Roti Kapal dari Perak:
1. Panaskan air dengan gunakan sebiji
kelapa untuk dijadikan santan sebagai kuah pengat.
2. Santannya kene pekat wehhh dah
menggelegak baru letak roti kapa tu gaul kejap je tutup api. Dia kembang
sendiri, kemudian kuah kene manis lemak masin
3. Masukkan biskut roti kapal dalam
periuk, letak terus seketul atau pecahkannya pun boleh juga
4. Masukkan gula putih secukup rasa dan
garam secubit. Jangan lupa letak daun pandan nak bagi harum wangi bubur tu
nanti
4. Tunggu sehingga naik bau harum, boleh
terus hidangkan untuk dimakan
Sejenis bubur unik yang menggunakan roti kapal sebagai asas bahan masakannya.
Sumber: FB Seladang Perak
Sabtu, Januari 18, 2025
Kuih Warisan Rasa Asli, Kampung Bukit Lanchong
Pertama kali sampai di Kg Bukit Lanchong dalam jajahan Shah Alam. Di situ ada satu perusahaan desa yang diberi nama Kuih Warisan, Rasa Asli Syuhada MJ Enterprise yang menjual makanan sejuk beku. Pelbagai jenis kuih-muih termasuk aiskrim Malaysia, pau, lepat pisang, lepat labu, talam, seri ayu dan cek mek molek dan bermacam lagi.
Azmi Goreng Pisang Shah Alam
Jumaat, Januari 17, 2025
Sebuah Pesan Kehidupan oleh PMX
Khamis, Januari 16, 2025
Puisi 'Kepada Cinta'
KEPADA CINTA
Teguh Esha
Kepada Cinta aku bertanya:
"Mengapa benci marak di sini?"
Kepada Doa aku bertanya: "Mengapa dusta laris
di sini?"
Kepada Berita aku berkata: "Mengapa fakta
dikhianati?"
Kepada Sastra aku bercerita tentang kata-kata yang
berubah arti..
Banyak orang bicara cinta sambil menyebar bara
benci
Banyak nian para pendusta berlagak kawan sejati
Banyak orang menghafal doa tapi mereka tidak
mengerti
Banyak orang berbuat dosa tapi berlagak suci..
Kepada kalian aku bertanya: "Apakah waktu
bisa dibeli?"
Kepada mereka aku berkata: "Semua fitnah aku
perangi!"
Ketika Kebenaran dicampur-adukkan dengan Kepalsuan
Keadilan hanya jadi pidato dan slogan-slogan
Kemunafikan..
Ketika itulah ironi-ironi nyata!
Ketika Allah dikhianati, BukuNya diserikatkan dan
Tanda-tandaNya didustakan
ketika itulah tragedi-tragedi datang
bergelombang-gelombang pagi, siang, sore dan malam,
susul-menyusul, silih berganti tak kunjung henti;
menimpa dan menghajar mereka yang tak percaya dan lupa asal diri!
Kepada Cinta aku berkata: "Padamkan benci di
banyak diri..:"
Kepada Doa aku bisikkan: "Tetaplah murni
jangan tercemari!"
Kepada Rindu aku kisahkan: "Doa dan Cinta
kekal abadi..
Kepada Allah aku memohon: "Teguhkan aku di
semua sepi.."
Cinta berbisik kepada Sunyi: "Seorang penyair
telah bangkit di sini!
Dia membawa misi indah 'tuk semua orang di bumi!"
Doa berbisik kepada Sepi: "Temani Sang
Penyair berbudi
menulis prosa dan puisi dan lagu-lagu terang
nurani..”
Puisi ini dideklamasikan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sewaktu Belanjawan 2025 di Parlimen.
Teguh
Esha merupakan tokoh Wartawan dan Sasterawan Indonesia, yang meninggal dunia
sewaktu berusia 74 tahun pada tahun 2021.
Rabu, Januari 15, 2025
Selasa, Januari 14, 2025
Al-Fatihah: Dr Muhd Kamil Ibrahim
Sampai Ke Tulang Putih Ayah
Baru selesai khatam buku yang diterima pada bulan Disember 2024 yang lalu. Buku ini dikirimkan sendiri oleh penulisnya, Saudara Azamin Amin. Banyak manfaat dan pengajaran diperolehi daripada kisah-kisah yang digarap melalui buku ini.
Isnin, Januari 13, 2025
Visit Malaysia 2026
Ahad, Januari 12, 2025
Sabtu, Januari 11, 2025
Jumaat, Januari 10, 2025
Glosari Dialek Perak
Moh komer cakap Perak