Rabu, April 30, 2025

Warisan KL

 

https://www.warisankl.com

Selasa, April 29, 2025

Metallica dan Bendera Malaysia





Konsert Metallica di Malaysia pada tahun 2013

Isnin, April 28, 2025

Uncle Kentang - Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia

Ahad, April 27, 2025

Anwar Ibrahim - A Retrospective Journey


ANWAR IBRAHIM - A RETROSPECTIVE JOURNEY

Dato' Sri Anwar Ibrahim. Ada yang memanggilnya sesumpah politik, satu kewujudan yang sukar difahami. Tokoh lantang politik, pendebat hebat, kolumnis New York Times, pemimpin ABIM, dan suatu ketika dahulu graduan Universiti Malaya dan MCKK, yang membawa cita-cita tinggi ke dalam landskap politik yang belum bersedia menerimanya. Dalam banyak cara, beliau telah mengubah sebahagian besar politik negara kita dan cara ramai di antara kita melihat Malaysia, sama ada menjadi lebih baik ataupun sebaliknya.

24 tahun ialah tempoh yang lama.

Ia bukanlah 99 tahun, tetapi itulah tempoh masa yang Dato' Sri Anwar Ibrahim tunggu sejak beliau dipenjarakan kali pertama pada tahun 1998 selepas Reformasi, sehinggalah beliau naik ke jawatan tertinggi negara — menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Dalam perjalanan retrospektif ini, anda akan melihat perjalanan hidup Anwar sejak zaman kanak-kanaknya hingga ke detik-detik penting dalam kerjaya dan kehidupannya, sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri, dan juga saat-saat penting dalam fasa baharunya sekarang. Ia merupakan sumber pendidikan yang baik bagi mereka yang ingin mengenali kisah hidup Perdana Menteri kita dan peristiwa-peristiwa penting sepanjang perjalanannya. Sudah tentu, Anwar ialah tokoh yang tidak lari daripada kontroversi.

Daripada skandal dan tuduhan liwat daripada individu seperti Ummi Hafilda hinggalah sekumpulan musuh yang terlalu banyak untuk disenaraikan, beliau tetap bertahan dalam pelbagai cara, sebagai ketua pembangkang, wira antarabangsa, dan tokoh penuh kontroversi yang sering menjadi sasaran laman-laman pembenci yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan — satu demi satu — dalam semesta pelik yang dipenuhi dengan perikatan aneh antara sahabat dan musuh, berserta dengan elemen legenda yang saling bertindih dalam sejarah politik dan dinasti.

Sama ada anda menyukai atau membencinya, beliau tetap Perdana Menteri negara kita, dan tugas beliau, sama ada kita suka atau tidak, adalah untuk memimpin kita ke era seterusnya.
Setiap imej yang wujud dalam koleksi ini mempunyai kaitan dengan ciri-ciri Dato’ Seri Anwar ataupun peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan beliau - sila nikmati dan membaca.
Legasi Dato’ Seri Anwar bukanlah sesuatu yang kita patut idealisasikan ataupun jatuhkan semata-mata kerana beliau merupakan seseorang yang rumit - tetapi ia merupakan legasi yang harus diperlihatkan dalam konteks sejarah; beliau bukannya seseorang yang sempurna, dan legasinya penuh dengan kemuliaan berserta dengan kepahitan juga.

Namun begitu, tak kira kamu cintakan ataupun bencikannya, Dato’ Seri Anwar tetap tokoh negarawan Malaysia - marilah kita bersama memahami dan berfikir tentang legasinya terhadap negara Malaysia!

Jikalau anda terasa bahawa post ini bernilai ataupun bermanfaat, mohon klik ‘like’ dan juga tolong sharekan melalui FB ataupun kepada group Whatsapp dan kepada kawan-kawan anda sekalian, khususnya anak muda yang mungkin tak faham apa yang Dato’ Seri Anwar telah capaikan dan juga kawan lama yang ingin ambil tahu tentang aspek-aspek legasi beliau yang mungkin tidak diketahui.

Terima kasih!
Victor Tan.
Instagram: www.instagram.com/victortanws
YouTube: www.youtube.com/@VictorTan
Email (biz): victortanws@gmail.com

Sekiranya anda sudi sumbang kepada usaha saya, dipersilakan menyumbang dengan belikan saya secawan kopi! buymeacoffee.com/victortanws

Terima kasih sekiranya anda sudi berbuat begitu!

Untuk pertanyaan bisnes berkaitan pembuatan retrospektif, umpamanya, sila bermesej dengan saya melalui Facebook, ataupun hantarkan emel kepada victortanws@gmail.com.

Sumber: Victor Tan @FB Prompters Malaya 

Sabtu, April 26, 2025

Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan dan Raya

 

Berkesempatan sembahyang Zohor di Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Seterusnya pergi beraya dan menziarah mak saudara sebelah isteri (adik arwah bapak mertua) yang mana rumahnya berhampiran dengan masjid ini. 
Rumah Mak Saudara (Bik Jam) terletak tidak jauh dari masjid. 

Sebelum ke Petaling Jaya, kami menghadiri majlis kenduri kahwin di Magica Monterez Hall, Monterez Golf & Country Club di Seksyen U9, Shah Alam

Do Good For Others

 

Jumaat, April 25, 2025

Dunia Digital Beri Maklumat Tetapi Buku Semai Nilai


Dunia digital beri maklumat tetapi BUKU semai nilai

UM 19 April 2025, ms. 16
"Buku cerita fizikal wajar diangkat kembali sebagai medium pembinaan minda dan jiwa. Ia bukan barang usang yang patut ditinggalkan tetapi khazanah yang perlu diwariskan" - Uthaya Sankar SB

Khamis, April 24, 2025

Teach Your Sons...

 



Rabu, April 23, 2025

Makam Pahlawan, Kuala Lumpur

 


Senarai pemimpin negara yang disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur:

1. Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (1976)
2. Allahyarham Tun Hussein Onn (1990)
3. Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman (1973)
4. Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba (2006)
5. Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi (2025)

Manakala, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang meninggal pada tahun 1990 disemadikan di Makan Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah atas sebab wasiat daripada beliau seperti di bawah:


Semoga Allah merahmati semua pemimpin yang telah pergi dahulu. 

Selasa, April 22, 2025

Info Menarik: Anak Lelaki

 

Sumber: FB Info Menarik

Isnin, April 21, 2025

PMX dan Pak Lah

 

Sumber: FB Anwar Ibrahim 

Ahad, April 20, 2025

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kota Anggerik 2025

 

Hari ini, 20 April 2025 hadir ke Majlis Aidilfitri anjuran DUN Kota Anggerik, Shah Alam. Dapat berjumpa dengan YB Najwan Halimi selaku AND Kota Anggerik / EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor. Majlis ini berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam. Anak-anak juga diberikan hadiah duit raya oleh YB Najwan.

Memperkukuh Perbukuan Negara


Memperkukuh perbukuan negara

Sinar Ahad 13 April 2025, ms. 34
"Meski sains dan teknologi ingin menjadi raja, tetapi masyarakat umum masih ramai yang terpaut hatinya pada pembacaan buku fizikal" - Dr Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana)

Sabtu, April 19, 2025

Plan to Promote Libraries

Plan to promote Libraries

The Sun – 11 April 2025

Plan to promote libraries

 

To boost reading appeal, association advocates inclusion of facilities at housing and mall developments

Ghazali said access to libraries is not an issue, as there are 13,000 in the country. – AMIRUL SYAFIQ/ THESUN

PETALING JAYA: When thousands of Malaysians lined up outside BookXcess stores for a recent three-day book giveaway, some observers were left stunned.

Others saw it asconfirmation of what they have always believed: Malaysians do read, but are books here too expensive and inaccessible?

Librarians Association of Malaysia president Dr Ghazali Mohamed Fadzil said the sight of people queueing from 8am for free books was not surprising. Instead, it underscored an ongoing reality.

Jumaat, April 18, 2025

Sarapan Raya di Alam Impian

Hari ini berkunjung ke Majlis Sarapan Raya di rumah rakan sekelas DBS Insurance, UiTM (1996-1999) di Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam. Setelah 26 tahun tak pernah ketemu, melalui majlis ini dapat jumpa. Beliau minat dengan kucing. Pada suatu masa, beliau ada 14 ekor kucing yang ditempatkan dalam 'rumah khas' yang dibina di tepi rumah. Alhamdulillah

13 April 2025

Khamis, April 17, 2025

Kad Raya Orang Perak dot Com


Hari ini terima kad raya dari Orangperak.com

Terima kaseh Yob
11 April 2025

Rabu, April 16, 2025

Kereta Pertama Didaftarkan di Perak

Photo: FB Weiming Kuah

The first car registered in Perak after WWII using the "A" prefix for Perak vehicles, was likely A 1, which went to C.H. LaBrooy, an Ipoh architect, with the British Military Administration restarting the vehicle registration system in 1945.

# Source Han Chin Pet Soo 閒真別墅 Museum
# Karpal Sekawan @
The “A” prefix was introduced in regulations before the war. Old plates with the “PK” prefix were allowed to remain in use for some time.
Same thing in Selangor: Old "SL" plates could remain in use even after the "B" prefix was introduced.


Sumber: FB Weiming Kuah

Selasa, April 15, 2025

Perpustakaan Itu Perlu

 

Isnin, April 14, 2025

Tun Abdullah Ahmad Badawi (1939-2025)

 

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di IJN pada 14 April 2025 jam 7.10 malam. Jenazah akan dikebumikan pada 15 April 2025 di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.

Semoga Allah merahmati arwah Pak Lah.
https://ptab.jpm.gov.my

Ucapan dari PMX 

Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi. Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Sumber: Utusan Online

Oh! My English

 

Ini adalah siri yang popular dan rajin ditonton suatu ketika dahulu sebelum tahun 2020. 

Ahad, April 13, 2025

Riang Ria Aidilfitri Edwardian Tigers 1446H

 


Sabtu, April 12, 2025

Kata-kata Jijoe Dalam Rock Oo

 

Sumber: FB Muhd Akmal 

Jumaat, April 11, 2025

Bawa Anak ke Pesta Buku Semai Budaya Membaca


Jom bawa anak ke Pesta Buku

BH 8 April 2025, ms. 13
"Buku yang dibaca seharusnya menjadikan kehidupan kita bermakna dan bakal menjadi pemimpin hebat di masa depan"