Memaparkan catatan dengan label DBS Insurance. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DBS Insurance. Papar semua catatan

Jumaat, April 18, 2025

Sarapan Raya di Alam Impian

Hari ini berkunjung ke Majlis Sarapan Raya di rumah rakan sekelas DBS Insurance, UiTM (1996-1999) di Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam. Setelah 26 tahun tak pernah ketemu, melalui majlis ini dapat jumpa. Beliau minat dengan kucing. Pada suatu masa, beliau ada 14 ekor kucing yang ditempatkan dalam 'rumah khas' yang dibina di tepi rumah. Alhamdulillah

13 April 2025

Sabtu, Julai 13, 2024

Reunion Kecil Geng BM15-DBS Insurance intake Jan 1996

Dari kiri: Intan Nooryasmin, Nor Azlina, Nandre, Hasnizal, Nurma Indriati, Mohd. Shukri
Hari ini berkesempatan berjumpa dengan kawan sekelas semasa diploma - BM 15: DBS Insurance (ambilan Jan 1996, ITM Shah Alam). Setelah sekian lama tak jumpa sejak 1999, alhamdulillah dapat jumpa balik. Kami dulu daftar ITM pada 1 Jan 1996 di Dewan Seri Budiman dan kelas di Kajian Perniagaan dan Pengurusan berhadapan dengan PTAR 2. Kursus kami tak ramai, kalau gabung dua kelas jadi 30 lebih ja.

13 Julai 2024 | Seksyen 9, Shah Alam