Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Jumaat, April 10, 2026

Aku dan Raya Seri Nuang

 


Raya Seri Nuang telah berlangsung pada 4 April 2026 yang lalu. Majlis dihadiri oleh YB Haji Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam; YB Najwan Halimi, ADN Kota Anggerik/EXCO Negeri Selangor dan En Vincent Chow, Ahli Majlis MPP Zon 4. Turut hadir adalah Ustaz Puaad Osman, UiTM Rembau yang mengajar Fiqh Solat Sempurna di Surau Al-Ikhwan. 

Sabtu, April 26, 2025

Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan dan Raya

 

Berkesempatan sembahyang Zohor di Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Seterusnya pergi beraya dan menziarah mak saudara sebelah isteri (adik arwah bapak mertua) yang mana rumahnya berhampiran dengan masjid ini. 
Rumah Mak Saudara (Bik Jam) terletak tidak jauh dari masjid. 

Sebelum ke Petaling Jaya, kami menghadiri majlis kenduri kahwin di Magica Monterez Hall, Monterez Golf & Country Club di Seksyen U9, Shah Alam

Khamis, Mei 09, 2024

Penghujung Syawal - Hari Raya di Kuala Lumpur

 

Hari ini hari terakhir bulan Syawal. Klik foto untuk dengar lagu Raya oleh Butterfingers. 
Foto ihsan Butterfingers

Baca juga artikel dalam Mingguan Malaysia bertarikh 21 April 2024 mengenai sesi rakaman semula lagu tersebut selepas 22 tahun:

Artikel ihsan Mingguan Malaysia 


Ahad, Mei 14, 2023

Majlis Raya Seri Nuang edisi 2023


Sekitar Majlis Eidul Fitri Seri Nuang edisi 2023. Tahun ni ada menu masak sendiri iaitu nasi minyak, gulai kambing dan nasi impit. Ada yang tolong masak daging hitam. Menu utama satay, char koew teow dan lain-lain kita order ja. Rewang petang kita goreng bihun.

13 Mei 2023 | Lepas Isyak

Khamis, Ogos 19, 2010

Pos Raya Insurance

POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang khas dan hanya boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia. Secara umumnya, sebahagian besar rakyat Malaysia akan pulang ke kampung pada musim perayaan. Kemalangan kerap berlaku di musim perayaan dan inilah masanya di mana perlindungan insurans yang lebih tinggi amat diperlukan. Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, Pos Malaysia dengan kerjasama MAA, telah memperkenalkan satu skim insurans kemalangan diri yang mampu dimiliki oleh SETIAP pelanggan Pos yang dihargai. Dengan bayaran serendah RM6*, anda akan dilindungi 24 jam sehari, terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan di Hari Raya ini.

Masa perlindungan akan bermula 3 hari sebelum, 2 hari semasa Hari Raya dan 10 hari selepas Hari Raya (keseluruhan 15 hari). Tiada perlindungan lain yang lebih menarik dan mampu dimiliki pada musim Raya ini.

Premium untuk individu - RM 6.00
Premium untuk keluarga - RM 20.00

Boleh diperolehi di mana-mana cawangan Pos Malaysia seluruh negara.

Selasa, Oktober 09, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitrah

Raya datang lagi... itulah ungkapan yang akan terkeluaq dari mulut orang ramei bila dah dekat nak raya nie. Raya nie kan raya puasa, apa lagi, balek lah kampung semua.

Di hari baik bulan baik nie, Pengurusan Arts.Limited nak meluahkan perasaan gumbira serta uchapan "Selamat Aidil Fitrah" Minal Aidin wal Faizin kepada ibu-bapak, adek-beradek, tok sedare, pak & mak sedare, anak2 sedare, cucu sedare, semua rakan2, sedara-mara, associates, rakan niaga, rakan kongsi, rakan2 kerja, rakan2 bloggers, rakan2 sejawatan di seluroh Malaysia...

Berayalah dengan sempurna, jangan lupa dunia.... Raya weiiii.