Memaparkan catatan dengan label Insurans. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Insurans. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 19, 2010

Pos Raya Insurance

POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang khas dan hanya boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia. Secara umumnya, sebahagian besar rakyat Malaysia akan pulang ke kampung pada musim perayaan. Kemalangan kerap berlaku di musim perayaan dan inilah masanya di mana perlindungan insurans yang lebih tinggi amat diperlukan. Sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, Pos Malaysia dengan kerjasama MAA, telah memperkenalkan satu skim insurans kemalangan diri yang mampu dimiliki oleh SETIAP pelanggan Pos yang dihargai. Dengan bayaran serendah RM6*, anda akan dilindungi 24 jam sehari, terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan di Hari Raya ini.

Masa perlindungan akan bermula 3 hari sebelum, 2 hari semasa Hari Raya dan 10 hari selepas Hari Raya (keseluruhan 15 hari). Tiada perlindungan lain yang lebih menarik dan mampu dimiliki pada musim Raya ini.

Premium untuk individu - RM 6.00
Premium untuk keluarga - RM 20.00

Boleh diperolehi di mana-mana cawangan Pos Malaysia seluruh negara.