Sabtu, Ogos 31, 2024

Jemputan Kenduri di Hari Merdeka 67

Hari ni memenuhi undangan majlis perkahwinan anak kepada jiran, Saudara Abd Samad, di Dewan Perkim, Seksyen 8, Shah Alam. Rezeki berjumpa dengan pensyarah FPM, UiTM iaitu Prof. Madya Dr Irwan Kamarudin.

31 Ogos 2024

Pemilihan Tarikh Merdeka

 

Infografik ihsan BERNAMA 

Salam Merdeka ke-67

 


Foto ihsan Jabatan Penerangan Malaysia

Jumaat, Ogos 30, 2024

Kata-kata Tunku

 

Sumber: Dialog: Thoughts on Tunku's Timeless Thinking 

Ask not what Malaysia can do for you

 

Khamis, Ogos 29, 2024

Surat-surat Francis Light

USM Universiti Pertama Diberikan Akses Digital Eksklusif Surat-Surat Francis Light

August 28, 2024 | Effi Saharudin

Foto ihsan USM Digital Library - No. ID: 863 [Surat ditulis oleh Francis Light kepada Maharaja Setia berkaitan pembinaan jalan]

Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Penyelidikan Dasar dan Perpustakaan Hamzah Sendut menjadi universiti pertama diberikan hak mengakses imej digital surat-surat Francis Light oleh School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.

The Light Letters (1768-1794) ialah himpunan manuskrip, terdiri daripada 1,200 surat dalam 11 jilid yang merangkumi surat menyurat, tulisan dan catatan yang melibatkan raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar dari seluruh Kepulauan Melayu, rakan perniagaan, isteri-isteri bangsawan Melayu, Francis. Light, dan beberapa pedagang Inggeris pada asalnya ditulis dalam tempoh 27 tahun antara 1768 hingga 1794.

USM menerima akses digital menerusi persetujuan itu dicapai menerusi memorandum perjanjian Loan of Light Letters yang ditandatangani pada September 2018. Kesemua imej digital The Light Letter kini boleh diakses percuma secara atas talian oleh penyelidik dan orang awam bermula hari ini.

Surat-surat berkenaan yang diletakkan di bawah Koleksi Warkah-Warkah Kepulauan Melayu 1768-1794 ialah koleksi manuskrip Melayu terbesar di dunia. Selain surat dokumen lain seperti bil, resit, petisyen dan kontrak turut disertakan sekali.

Menurut Naib Canselor USM Profesor Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata surat-surat Light amat berpotensi untuk dikaji dari pelbagai bidang dan membantu penyelidikan terutamanya dalam bidang sejarah nusantara dan akses ini memberikan banyak manfaat kepada dunia akademik khususnya dalam meningkatkan ketersediaan serta kualiti sumber sejarah untuk penyelidik dan sarjana selain menyokong usaha untuk memelihara dan memahami warisan sejarah yang berharga.

Selama ini surat-surat ini hanya boleh diakses secara fizikal dengan pergi sendiri ke SOAS yang menyukarkan pengkaji tempatan kerana kos yang tinggi. Kesemua koleksi 11 jilid ini boleh diakses menerusi pautan di bawah.

Kami sempat mengakses beberapa dokumen yang dimuat naik dan agak menarik membaca surat permohonan membeli cermin mata, membaiki jam, menghantar orang pergi menunaikan haji, menetapkan harga candu dan isteri yang diceraikan merungut tidak dapat lagi melihat anak-anak. Setiap dokumen hadir dengan terjemahan ke rumi memudahkan kandungan dibaca berbanding teks asal dengan ejaan jawi lama.

Ia adalah pintu ke masa lampu nenek moyang kita lebih 250 tahun yang lalu. Selama ini kita hanya dapat membaca surat yang dihantar Napoleon, King Henry VIII dan Ratu Victoria. Kini kita dapat melihat sendiri cara persuratan Melayu kuno dalam bahasa jawi

Sumber: https://amanz.my/2024473965/ 

Baca juga: Surat-surat Francis Light | The Patriots | USM Digital Collection | 

Berita Palsu: Dr Sarah Jamal


Foto ihsan Jabatan Geologi, Universiti Malaya 

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini menafikan satu artikel kononnya ditulis pakar geologi universiti terbabit yang mendakwa terdapat gua kosong yang besar di bawah tanah Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan berkata artikel itu kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari UM yang bernama Dr Sarah Jamal.

"Jabatan menegaskan bahawa tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya.

"Juga, tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan di dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi jabatan hari ini.

Artikel tak berdasarkan fakta, palsu

Katanya, kandungan artikel ini adalah tidak berdasarkan fakta dan adalah palsu.

Katanya, staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, memandangkan kerja-kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan.

"Punca kejadian itu juga masih tidak dipastikan," katanya.

Dalam kejadian pagi Jumaat lalu, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dilaporkan hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.22 pagi.

Sumber: Berita Harian (26 Ogos 2024)