Selasa, Oktober 07, 2025

Tiga Era: Tanglin, Dayabumi ke Menara 118


Semasa di Kuala Lumpur, saya sempat merakam gambar yang berlatarbelakangkan tiga bangunan yang dibina dalam tiga era yang berbeza. Pertamanya, Klinik Tanglin (1890an), Menara Dayabumi (1984) dan Menara 118 (2024). Sekitar tahun 1890an, terdapat banyak pengaruh kolonial dari British yang memperkenalkan gaya seperti Victoria, Straits Eclectic, dan Art Deco. Selepas 1957, seni bina Malaysia mula menyesuaikan diri dengan keperluan pembangunan bandar dan teknologi moden. Menara Dayabumi sendiri mencerminkan gabungan identiti nasional dan inovasi global. Manakala, Menara 118 memaparkan gabungan neo-futurisme dengan corak tradisional songket Melayu, melambangkan identiti nasional dalam reka bentuk moden.

24 Sept 2025

Isnin, Oktober 06, 2025

Buku SYJ BOTB 1986: Kultus Metal Ipoh

Buku SYJ BOTB 1986: Kultus Metal Ipoh

Tajuk: SYJ BOTB 1986: Kultus Metal Ipoh
Penulis: PM Dr Muhamad Takiyuddin Ismail
ISBN: 9786299616108
Penerbit: Orang Timur Enterprise (2025)
Bil. mukasurat: 559
Edisi: Kulit tebal
Ulasan:
Bila kita sebut kumpulan SYJ, sudah tentu akan tergambar kumpulan ini satu kumpulan rock kapak yang menjadi sebutan anak-anak muda sekitar 1980an dulu. Nama SYJ ini asalnya sudah gah yang mana empunya nama asal adalah Syed Yusuf Jamalullail (Pak Syed) yang berasal dari Kg. Manjoi, Ipoh.
Pak Syed seorang yang suka kepada bidang nyanyian dan telah merakam dua album sekitar awal 1970an. Untuk nama kumpulan muzik pula ianya diasaskan sekitar tahun 1977 sempena nama Pak Syed sendiri. Sejak dari saat itulah berkembangnya kumpulan SYJ yang mana ahli-ahlinya silih berganti sehinggalah wujudnya SYJ BOTB pada tahun 1986 yang dianggotai oleh Amir, Man Rani, Zam dan Eduat.
Barisan anggota ini adalah di mana genre muzik yang dimainkan ialah rock dan heavy metal. Fesyen yang paling glamer adalah sama dengan imej kumpulan Motley Crue. SYJ juga naik apabila menyertai Battle of the Bands pada 1986 bersama Lefthanded, Bloodshed, Whitesteel dan Ella & The Boys.
Antara lagu yang menjadi hits adalah Orang Timur, Hati Syaitan, Teruskan dan Mata Sepet. Seterusnya sekitar tahun 1987, satu perubahan telah berlaku di mana nama SYJ telah beralih kepada Sofea. Pada tahun yang sama juga Sofea merakamkan album pertama bertajuk 'Kembali' yang membawa masuk Nahar yang menggantikan Eduat di posisi dram. Boul selaku pereka seni sampul album ketika itu.
Album kedua bertajuk 'Anak Liar' (1988) dan yang ketiga, 'Boneka Pentas' (1989) terus membawa Sofea-SYJ terus mengungguli zaman rock ketika itu. Dan selepas itu adalah turun naik kumpulan Sofea-SYJ sehinggalah wujudnya beberapa versi lain kumpulan SYJ. Inilah kumpulan yang mempunyai paling ramai anggota semenjak 1977 dan ada pemuzik kaum India dan Cina.
Apa pun, buku ini merupakan satu 'masterpiece' yang bersifat semi-akademik yang akan menjadi satu rujukan bagi peminat SYJ dan pengkaji-pengkaji genre rock di Malaysia selain dari Buku Merah (2023). Syabas saya ucapkan kepada penulis buku kerana usaha yang jitu dan keras dalam mendokumenkan satu fenomena dalam dunia rock yang pernah suatu ketika dahulu berada di puncak glamer.
"Komer ingat baik-baik. Nama SYJ ni orang akan ingat sampai bila-bila" (Pak Syed)

Ahad, Oktober 05, 2025

10 Tips Meraih Kebahagiaan

 

Sabtu, Oktober 04, 2025

Pasar Tani

Foto ihsan FB Anwar Ibrahim 

Pasar Tani telah diperkenalkan pada tahun 1985 sebagai sebuah institusi pemasaran bagi tujuan membangunkan saluran pemasaran serta menggalakkan penyertaan usahawan tani memasarkan hasil-hasil pertanian mereka sendiri terus kepada pengguna. Ianya bercirikan mudah alih, bersuasana karnival dengan identiti yang tersendiri dan seragam. Pasar tani sebagai ‘Medan Pertemuan Pengeluar Pengguna’ berupaya membantu petani menerima harga yang munasabah dan menguntungkan manakala pengguna mendapat bekalan bermutu dengan harga yang berpatutan.

Pada masa ini pasar tani telah berkembang pesat seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara. Ianya kekal relevan sebagai pasar pilihan kepada pengguna dan menjadi oulet pemasaran yang berjaya serta turut menyumbang kepada kemajuan pembangunan ekonomi negara. Penubuhan pasar tani telah melahirkan ramai petani yang bersikap responsif serta mempercepatkan proses pembangunan sosio ekonomi masyarakat tani selaras dengan Dasar Agromakanan Negara. Pasar tani pertama telah dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA Tampoi, Johor Bahru pada 31 Januari 1985 yang telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian, Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Di awal penubuhannya pada tahun 1985 pasar tani hanya berjumlah 12 buah melibatkan 317 orang peserta dengan nilai jualan RM 1.4 juta setahun
Sepanjang tempoh tersebut pasar tani telah melalui 4 fasa berikut ;

  • Fasa Pengenalan (1985 – 1994)
  • Fasa Pengukuhan (1995 – 2003)
  • Fasa Pemodenan (2004 – 2010)
  • Fasa Transformasi (2011 – 2020)

OBJEKTIF

  • Meningkatkan luang pasaran hasil pertanian
  • Meningkatkan pendapatan petani dan pengeluar
  • Meningkatkan bilangan usahawan pemasar
  • Menyediakan akses langsung kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan hasil pertanian dan produk asas tani dengan harga berpatutan
  • Mendapatkan bekalan barangan segar

KONSEP
Ianya merupakan konsep di mana pengeluar memasarkan hasil keluaran mereka sendiri secara terus kepada pengguna. Pasar Tani ini juga adalah sebagai “Medan Pertemuan Pengeluar-Pengguna


Sumber: Laman web FAMA 

Jumaat, Oktober 03, 2025

Hak Asasi itu Hidup kita

 

Khamis, Oktober 02, 2025

Jadikan Baucar Buku Asas Bina Perpustakaan Peribadi


Jadikan baucar buku asas bina perpustakaan peribadi

BH 24 Sept 2025, ms. 13
"Membina perpustakaan peribadi kecil yang bukan sahaja berfungsi sebagai sumber rujukan, bahkan simbol perjalanan ilmu mereka"

Rabu, Oktober 01, 2025

Sambutan 2023 Tahun Beruas Gangga Negara

 


Gangga Negara ialah sebuah kerajaan kuno yang dipercayai wujud sekitar abad ke-2 hingga awal abad ke-11 Masihi, berpusat di kawasan Beruas, Manjung, dan sekitarnya di negeri Perak. Nama “Gangga Negara” bermaksud Bandar di Sungai Ganges, mencerminkan pengaruh budaya India dan Hindu dalam struktur pemerintahan dan kepercayaan masyarakatnya. Kerajaan ini diasaskan oleh tokoh seperti Raja Ganjil Sarjuna, yang dikatakan berasal dari Kedah dan berketurunan Indo-Iran atau Alexander the Great, menurut hikayat lama. 

Gangga Negara terkenal sebagai pusat perdagangan emas, bijih timah, dan rempah, serta mempunyai hubungan dengan pedagang Arab dan China. Kejatuhannya berlaku sekitar tahun 1025–1026 akibat serangan Empayar Chola dari India Selatan yang dipimpin oleh Raja Rajendra Chola I, yang menewaskan Raja Gangga Shah Johan dalam peperangan. Hari ini, peninggalan artifak seperti patung Buddha, senjata, dan tembikar boleh dilihat di Muzium Beruas, menjadi bukti kewujudan tamadun ini yang pernah gemilang di bumi Perak.