Seterang bulan di taman mainan
Ku pasti kau jadikan sebuah khayalan
Dan kau pergi dari sini
Aku tak mahu kesana
Seindah bulan di taman khayalan
Ku pasti kau jadikan sebuah perhiasan
Dan kau pergi dari sini
Aku tak mahu ke sana
Oh cinta
Mengapa kau sering mengata diri
Mengapa kau sering membohongi diri
Ku tak mahu kau pergi ke sana ke mari
Oh cinta
Mengapa kau sering membohongi diri
Apakah aku yang sering tak mengerti
Ku tak mahu kau datang kembali...
Kembali ke sini...
Rabu, November 23, 2005
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
hehehe lagu ropenye..eda tgh pk cemana nk download. kalo rajin, kasik la sinopsis seround dua
hai eeda..
makaseh.. saya pon tak tgk lagi citer nie sebenornye. nanti saya bagi ok....semalam sebok cikit, ada program kat sini....
saya try ari nie ye...
pagi nie pon ada lawatan geng2 TNB bawak org dari africa dan jepon la...
hehe
ehem ehem
awat shimra ehem ehem nie..hang nie mesti ada apa apa nie kan
best tak crita tu nan? aku nk tgk aritu tp x sempat
eda...
nie ada cikit..
Luna adalah seorang gadis KL yang agak sukses dalam kehidupannya.
Dia begitu pasti dengan apa yang dimahukan dalam hidup—dia pasti tentang salun kecantikan miliknya, yakin dengan produk penjagaan kulit yang diciptanya serta bahagia dengan teman-teman yang disayanginya.
Cuma apa yang Luna kurang pasti adalah perkahwinan yang menjelang tiba dengan tunangnya Zyhan, seorang lelaki yang kacak dan berjaya.
Sementara itu, di suatu ceruk KL...
Ezra pasti beliau telah menjumpai gadis yang dianggap 99.9% sempurna. Emma, adalah seorang penyambut tetamu di pejabatnya.
Masalahnya, Emma menyimpan satu rahsia yang menggugat perhubungannya dengan Ezra.
Ditakdirkan Luna dan Ezra akan bertemu, dan berkongsi pandangan tentang kehidupan dan kisah masing-masing.
Dalam Salon, kekasih datang dengan cerita dan rahsianya tersendiri. Yang di akhirnya kita mengenal cinta - lebih mendalam dari hanya kata dan rupa...
aku tak tgk lagi la shimra... ehh eehhh shimra la plak..shimar la..
aku tunggu CD je la..aku maleh kan nak tgk wayang nie..kena pi beratoq la kat panggong wayang tu..aduiiiiiiiii malehnye..
tapi lagu Rahasia Luna nie mmg best..sampaikan aku dok ulang bnyk kali la plak asyek dngaq lagu nie ja...
layan la beb..lagu dia jenis happy la..cho hang try dengaq ka...
aku ingat nak beli la kaset dia ka, tapi ada mmber aku bg, so..main kat PC je la...heheh
raja farah..comey
hehehe..sajaje aku ehem ehem..xleh ka?
aik..sejak bila lak aku jd shimra ni..
luna tu nama awek tu la, yg dilakonkan oleh raja farah..
shimra....aku rasa nama tu pon ok jugak kan..shim....hehe
Catat Ulasan