Ahad, Julai 03, 2011

Berkunjung ke UiTM Segamat

Ini merupakan pengalaman pertama berkunjung ke UiTM Segamat. 

Ini adalah papan tanda di jalan masuk ke UiTM Segamat. Kalau lalu Highway, kita kena keluar ikut Exit Tangkak. Apabila sudah keluar dari tol Tangkak, akan jumpa simpang tiga dan akan nampak satu papan kenyataan "Selamat Datang ke Daerah Ledang". 

Ini sebabnya kawasan Tangkak ke Jementah adalah terletak dalam daerah Ledang. Untuk ke UiTM, di persimpangan tiga tadi tu, sila belok ke kanan dan akan menuju ke Tangkak, Sagil, Jementah dan akan berjumpa laluan masuk ke UiTM. 

Di UiTM Segamat, saya berjumpa dengan Saudara Iskandar aka "Dr Badut". Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak. 

Antara yang menariknya, van daripada UiTM Segamat datang ke Shah Alam untuk bawak ke sana dan begitu jugak semasa balik ke Shah Alam. 


3 ulasan:

Bersih-07 berkata...

Awok buat mende ke segamat weh??

alumni berkata...

ada career talk untuk budak diploma IS anjuran unit kaunseling dan unit kualiti pelajar itm johore

nandre KEVII berkata...

Ini merupakan satu pengalaman baru yang mana kita berkongsi dengan para pelajar ITM yang baru masuk ITM dan ingin mengenali dan menerokai bidang pengajian maklumat.

Hala tuju dan sense of belonging harus diterapkan dalam jiwa pelajar-pelajar tersebut demi mengetahui apa yang dipelajari dan prospek kerja mereka nanti.