Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
amboi dia.. bernano nano nano ye
Aku layan Nona TV3 je, ada neelofa.. kah kah kah....
Hasmi Hashim, penulis lirik lagu Awan Nano menjuarai Juara Anugerah Juara Lagu TV3 semalam nyanyian Hafiz.
Beliau bersekolah di SMK Semerah sebelum melanjutkan pelajaran ke UiTM dan berasal dari Kg Parit Kuda.
Pernah bertanding di DUN N17 Semerah pada PRU12 (2008) yang lalu. Beliau merupakan Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor serta menjadi penulis ucapan Presiden PKR DS Wan Azizah dan pernah menjadi S/U politik Datuk Kamarul Baharin Abbas, MP Teluk Kemang. Selain itu, Hasmi Hashim juga pernah bertanding jawatan Ketua AMK Malaysia pada tahun 2007 di Seremban.
Selain menulis lagu, ucapan presiden, ulasan politik semasa, ilmiah dan kritik sosial, beliau juga adalah seorang pelukis dan penyajak. Ringkasnya, beliau adalah BUDAYAWAN dan pejuang budaya.
biasalah lagu M nasir yang buat, kena lah sokong...
AK47: ermmmmmmmmmmmmmmmmmmm macham mana Neeloofa tu buleh jadi pengacara segmen tu, macham lawak sikit la...
Hasmi Hashim ya? yang nama macam Indonesia tu sapa dia plak? adakah itu nama samaran dia?
ok aku dah jumpa blog dia...
http://hasmihashim2010.blogspot.com/
nama dalam lirik tu dia guna nama pena ja...
Bijak bijak...
pandai pon guna encik google... hehe
Catat Ulasan