JITRA, 8 Feb – Limau mandarin cukup sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Rasanya sedap dan manis sekali. Pokoknya sederhana tinggi dan rendang dengan daunnya berwarna hijau pekat dan bunganya berwarna putih serta berbau wangi.
Biasanya limau mandarin berukuran 6-8cm bergantung kepada varieti. Terdapat banyak variasi termasuk tangerine, clementine, dancy dan satsuma.
Limau Tangerine dimana kulitnya mudah dikupas manakala tangor pula kacukan limau mandarin dan oren yang dikenali sebagai limau tokong dimana kulitnya nipis, mudah dikupas dan isinya pucat sedikit. Kebanyakan limau mandarin yang ditinkan adalah dari varieti Satsuma.
Khasiat yang ada di dalam limau mandarin, kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.
Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.
limau mandarin menjadi simbol kekayaan bagi masyarakat Cina dimana dijadikan buah tangan ketika berziarah dalam perayaan Tahun Baru Cina. Ramuan utama dalam kosmetik dan penjagaan wajah terutama losyen jerawat.
Source: Dr HPM
Isnin, Januari 23, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Yup, secara dasar aku mmg setuju ngan khasiat buah limau ni.
tp kekadang kita kena berhati-hati terutamanya bila beli buah limau yg import. byk yg guna racun serangga tahap boleh membahayakan kesihatan, kena wasapada la...
Catat Ulasan