Khamis, Ogos 09, 2012

Qiyam with me

KOTA BHARU – Program Qiyam With Me bakal melengkapi acara sambutan Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK12) pada bulan puasa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, program itu adalah cetusan idea Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

“Qiyam With Me sebenarnya adalah majlis ibadat qiamullail di bulan puasa bersama tuanku yang bakal diadakan pada 17 Ramadan di Dewan Jubli Perak.


“Program ini agak unik mungkin tidak terdapat di tempat lain. Saya kira ia akan menjadi satu daya tarikan orang ramai,” katanya dihubungi di sini hari ini.

2 ulasan:

amien7 berkata...

Bila plak pak2 menteri kita nak buat camni?

chenderawasih berkata...

tak tau la bila, gamaknya depa tak dan nak buat, asyik nak buat bukak puasa ja masuk paper..