SHAH ALAM, 14 FEB: Pemilik kenderaan di seluruh negara bakal
berhadapan kenaikkan tarif insurans kenderaan bermula esok 15 Februari
2013. Penstrukturan ini akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi
dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan
terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan
semasa.
Wartawan Tv Selangor menghubungi beberapa ejen insurans bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung berita berkenaan. Berdasarkan maklumat yang diberi kenaikan ini sebanyak RM12 bagi setiap RM1,000 nilai insurans yang dibayar pengguna. Bagaimanapun kenaikan ini bergantung kepada syarikat insurans sama
ada akan menaikan esok ataupun syarikat boleh menangguhkan sehingga Mac
depan.
Kenaikan secara berperingkat sehingga tahun 2015 bermula pada tahun 2012 dan ini merupakan tahun kedua kenaikan ini berlaku. Berdasarkan laporan beberapa media pada Februari 2011, perkara ini
pernah diumumkan sendiri oleh Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan
Alshari.
Khamis, Februari 14, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Dah pueh kasi BRIM, kasi kaut semula la duit ikut tang lain. lalalala
biasa la bang
Catat Ulasan