Tak seperti vokalis atau gitaris,
pemain dram biasanya kurang menonjol dalam sesebuah band. Namun tanpanya,
kumpulan itu tak akan lengkap malah tempo lagu akan hambar. SHUHADA MANSOR
menyelami 4 pemain dram di kalangan remaja.
Sejak bertapaknya kumpulan muzik di
tanah air, belum pernah ada komuniti pemain dram ditubuhkan secara rasmi di negara
ini. Menyedari hakikat itu, beberapa anak muda membentuk My Drummer Official
(MDO) yang mengumpulkan pengetuk dram di seluruh Malaysia tanpa mengira had
umur dan bangsa.
Ditubuhkan
tiga tahun lalu, salah seorang pengasas MDO, Tunku Mohamed Amirul Shah Tunku
Mohamed Edroos, 28, berkata, pada awalnya mereka hanya bermain secara suka-suka
di tepi jalan namun tak menyangka eksperimen itu berjaya. “Orang selalu tengok ‘busker’ atau pemain dram secara beramai-ramai di tempat awam. Kami cuba buat kelainan dengan bentangkan dua atau tiga set dram dan hiburkan orang ramai secara percuma. Mungkin ia fenomena baru di Malaysia tapi kalau di luar negara, aktiviti seperti ini sudah jadi biasa. Kami nak pelbagaikan aktiviti seni, bila dapat sambutan dan dijemput untuk sertai acara rasmi, rasa gembira sebab orang mula nampak kewujudan ahli muzik sebagai antara kelompok penghibur,” katanya. Katanya, MDO kini bergabung dengan Malaysian Youth Busker Club untuk mengumpul dan mengukuhkan lagi kelompok pemain dram tempatan. MDO dianggotai seramai lebih 200 ahli berdaftar dengan 1,400 ahli tidak rasmi di Facebook terdiri daripada pelbagai had umur dan bangsa.
Tips belajar main dram
1. Anda boleh melihat video pelajaran bermain dram di Internet.
2. Membeli buku bermain dram yang mengajar dari langkah pertama.
3. Membeli satu set dram yang tidak terlalu mahal.
4. Daftar ke tempat kursus bermain dram di kelas muzik.
5. Muat turun percubaan percuma atau beli program dram dari Internet.
Sumber: Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan