Rabu, Februari 05, 2014

Tarif insurans kenderaan 2014


Kadar harga tarif baru premium insurans kenderaan (kereta atau motor) tahun 2014. Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan pelarasan kadar baru tarif insurans kenderaan untuk tahun 2014, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23. Tarif baru itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari 2014, ke atas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula. Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Nota Penting: (Dalam kurungan) adalah tarif 2013 manakala tanpa kurungan adalah tarif terkini 2014

Faktor Kenaikan Insurans Kenderaan 2014
  • Tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang telah meningkat.
  • Kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti juga telah meningkat.
  • Memberi manfaat kepada syarikat insurans am yang kini boleh meraih kutipan premium yang lebih tinggi.

Tiada ulasan: