KUALA TERENGGANU 11 Julai – Amalan
pemberian duit raya seakan sudah menjadi suatu kemestian bagi memeriahkan lagi
suasana sambutan Aidilfitri, namun seorang pesara guru memulakan pendekatan
berbeza untuk bersedekah.
Selaku seorang pencinta buku hingga
menubuhkan perpustakaan sendiri yang dibuka secara percuma kepada umum di
kediaman yang dinamakan Dusun Buku di Kuala Ibai di sini, Mokhtar Yusof, 63,
memilih memberi buku kepada kanak-kanak yang berkunjung sebagai ganti duit
raya.
“Selalunya kita hulurkan sampul
berisi RM2 kepada setiap kanak-kanak, namun sepanjang raya pertama hingga
ketiga, saya berikan buku sebagai hadiah buat mereka.
“Hampir 100 naskhah buku saya
sediakan. Bagi kanak-kanak, buku cerita bergambar bersaiz besar buat mereka,
novel bagi remaja manakala golongan dewasa buku hasil tulisan penulis
Terengganu,” ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mokhtar, beliau berusaha
mendapatkan buku-buku terbitan terbaharu daripada penerbit yang sedia menawarkan
harga jauh lebih rendah dalam lingkungan RM3 hingga RM10 setelah tertarik
dengan langkahnya itu.
“Saya juga membeli sendiri di
kedai-kedai buku untuk mempelbagaikan judul dan jenis buku selain sumbangan
daripada kalangan penulis sendiri agar dapat disesuaikan dengan penerima,”
ujarnya.
Menurut Mokhtar, ada kalangan
kanak-kanak yang bertanyakan duit raya dan kehairanan kerana menerima buku
untuk dibawa pulang, tetapi umumnya mereka kelihatan lebih gembira dan seronok.
“Ada yang meminta ayah mereka datang
semula untuk menukarkan buku yang mereka anggap lebih menarik. Bagi saya ini
suatu permulaan yang baik, menggantikan duit raya dengan barangan tertentu,”
ujarnya.
Menurut Mokhtar, beliau
memperuntukkan lebih RM600 untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan itu berbanding
sekitar RM300 duit raya pada kebiasaannya, namun kos bukan satu isu.
“Selalunya dalam majlis kenduri
kendara, ramai menghadiahkan surah Yasin yang banyak terhimpun di rumah, jadi
tiada salahnya kita turut berikan buku-buku buat tetamu untuk menambahkan bahan
bacaan,” ujarnya.
Menurut beliau, itu merupakan
sumbangan kecilnya untuk kembali meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap
buku dan membudayakan amalan membaca.
Sumber:
Utusan Online
KUALA
TERENGGANU 11 Julai – Amalan pemberian duit raya seakan sudah menjadi
suatu kemestian bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Aidilfitri, namun
seorang pesara guru memulakan pendekatan berbeza untuk bersedekah.
“Selalunya kita hulurkan sampul berisi RM2 kepada setiap kanak-kanak, namun sepanjang raya pertama hingga ketiga, saya berikan buku sebagai hadiah buat mereka.
“Hampir 100 naskhah buku saya sediakan. Bagi kanak-kanak, buku cerita bergambar bersaiz besar buat mereka, novel bagi remaja manakala golongan dewasa buku hasil tulisan penulis Terengganu,” ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mokhtar, beliau berusaha mendapatkan buku-buku terbitan terbaharu daripada penerbit yang sedia menawarkan harga jauh lebih rendah dalam lingkungan RM3 hingga RM10 setelah tertarik dengan langkahnya itu.
“Saya juga membeli sendiri di kedai-kedai buku untuk mempelbagaikan judul dan jenis buku selain sumbangan daripada kalangan penulis sendiri agar dapat disesuaikan dengan penerima,” ujarnya.
Menurut Mokhtar, ada kalangan kanak-kanak yang bertanyakan duit raya dan kehairanan kerana menerima buku untuk dibawa pulang, tetapi umumnya mereka kelihatan lebih gembira dan seronok.
“Ada yang meminta ayah mereka datang semula untuk menukarkan buku yang mereka anggap lebih menarik. Bagi saya ini suatu permulaan yang baik, menggantikan duit raya dengan barangan tertentu,” ujarnya.
Menurut Mokhtar, beliau memperuntukkan lebih RM600 untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan itu berbanding sekitar RM300 duit raya pada kebiasaannya, namun kos bukan satu isu.
“Selalunya dalam majlis kenduri kendara, ramai menghadiahkan surah Yasin yang banyak terhimpun di rumah, jadi tiada salahnya kita turut berikan buku-buku buat tetamu untuk menambahkan bahan bacaan,” ujarnya.
Menurut beliau, itu merupakan sumbangan kecilnya untuk kembali meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap buku dan membudayakan amalan membaca.
- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/buku-ganti-duit-raya-galak-amalan-membaca-1.352342#sthash.B7XdEWCO.dpuf
2 ulasan:
Ini memang pawerrrr
Aku pi raya rumah hang, hang bagi buku la na, majalah upin ipin ka? boboiboy ka?
Catat Ulasan