Nostalgia Hari Raya zaman dulu-dulu. Gambar ini besar kebarangkalian diambil pada 12 atau 13 Mei 1956 Masihi semasa menyambut Aidil Fitri iaitu bersamaan dengan tahun 1375 Hijrah. Terdapat juga ayat "Tak Melayu Hilang Di Dunia" dan "Selamat Hari Raya". Pada masa tersebut, pemakaian tanjak ternyata digayakan dengan busana tradisional melayu semasa hari raya.
Untuk makluman, gambar ini memaparkan arwah bapa kepada pemilik blog (Nandre) iaitu Allahyarham Haji Haris bin Abdul Munai bin Haji Amin (1938-2010) beserta abangnya, Allahyarham Abdul Rani bin Abdul Munai bin Haji Amin (1935-2000) dan juga sepupu-sepupu di Kampung Bekor, Manong, Perak. Begitulah busana Melayu yang dipakai semasa meraikan hari raya pada masa itu. Berikut adalah nama-nama yang terkandung di dalam gambar ini:
Belakang dari kiri:
1. Abd. Manaf b. Saari b. Haji Amin
2. Jaafar b.
3. Haris b. Abdul Munai b. Haji Amin
4. Abdul Rani b. Abdul Munai b. Haji Amin
5. Talib b. Saari b. Haji Amin
6. Sharif b. Saari b. Haji Amin
7. ?
Depan dari kiri:
1. Pak Dollah
2. Abd. Aziz b. Saari b. Haji Amin
3. ? (Suami Wan Endon)
Akhir kata, semoga Allah merahmati semua yang ada di dalam gambar ini yang rata-rata telah kembali ke Rahmatullah.
#harirayaaidilfitri
#kgbekormanongperak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan