Jumaat, November 26, 2021

Berek Askar SM King Edward VII, Taiping


 'Berek Askar' juga dikenali sebagai Blok F adalah blok kelas-kelas tingkatan 5 pada tahun 1994 dahulu kala. Menurut FB Album Rasmi SMKEVII, blok ini telah mengalami kerosakan strukturnya, maka ianya akan dirobohkan dan akan digantikan dengan bangunan baru seiring dengan pertambahan enrolmen murid ke SMKE VII. 

Kami datang sekolah ikut pintu pagar belakang dan balik juga lalu pagar belakang. Maka, kelas kami tu sangat senang akses. Budak-budak juga parking letakkan basikal di situ dan depan kelas ja. Kalau hari Jumaat, lagi terasa seronok sebab balik awal dan ada juga hari yang aku naik basikal jenama Robin Hood berwarna hitam dan letak di situ ja. Ketika itu, ramai budak-budak yang naik basikal ke sekolah dan sepanjang jalan balik ke rumah, akan jumpa banyak basikal. 

Nostalgia berada di situ selama setahun masih lagi dalam ingatan. 

Tiada ulasan: