Jumaat, Januari 14, 2022

MSC Malaysia - Malaysia Digital

 

MSC Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1996 akan dipertingkat dan dinamakan semula sebagai Malaysia Digital. Ini penting berikutan MSC Malaysia perlu berkembang sejajar perubahan pesat norma sosioekonomi yang menjadi tindak balas terhadap kemajuan teknologi digital secara berterusan. Sejak diperkenalkan, MSC Malaysia terbukti menjadi pemangkin dan mentransformasi Malaysia sebagai ekonomi berteraskan pengetahuan. 

MSC Malaysia diwujudkan bagi memupuk ekosistem serba kondusif yang dipacu pembangunan infrastruktur mewah dan kehadiran syarikat teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) dalam koridor terbabit. Ia juga program yang tidak pernah disaksikan di dunia pada 1996 atau menjadi satu game changer. MSC Malaysia jika dilihat dari pelbagai sudut adalah permulaan asal ketika perkataan startup itu masih belum wujud. 

Pada awal tahun 2021, Malaysia melancarkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia atau MyDIGITAL iaitu inisiatif bagi memacu transformasi digital dan memacu pertumbuhan ekonomi tersebut. Manakala, Majlis Ekonomi Digital Negara  dan Revolusi Perindustrian Keempat pula menubuhkan Pejabat Pelaburan Digital (DIO) bagi kemudahan pelaburan digital di Malaysia.

Maklumat lebih lanjut, sila layari: https://mdec.my/

Tiada ulasan: