Khamis, Julai 21, 2022

Rumah Degil Chow Kit dan Arca Bayu Utomo

 

Rumah Degil dan Arca Bayu Utomo

Hari ni pi melawat Rumah Degil / Rumah Pusaka Chow Kit yang dibina pada tahun 1926 oleh Jaafar Sutan Sinombar. Beliau merupakan anak saudara kepada Sutan Puasa, Pembuka Kuala Lumpur. Asalnya, ianya terletak di No. 41, Jalan Chow Kit. Akhirnya kini ianya dipindahkan ke Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.

Arca ciptaan Bayu Utomo Radjikin itu pula diberi nama "Bujang Berani" yang dihasilkan pada tahun 1991. Manakala, arca "Lang Kacang" pula pernah dijadikan kulit album kumpulan Search bertajuk Rampage (1992).

Jom melawat Balai Seni Negara. Apresiasi seni tempatan.

#BalaiSeniNegara

Tiada ulasan: