Piala pemenang Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia sejak 1930 hingga 1970
pernah hilang dua kali. Pada 20 Mac 1966, piala itu yang diberi nama Jules
Rimet sempena nama presiden ketiga FIFA dicuri di Westminster Central Hall,
London. Kecurian berlaku semasa pameran yang diadakan empat bulan lebih awal
sebelum kejohanan. Ketika itu, England menjadi tuan rumah kejohanan. Piala ini
hanya dijumpai selepas tujuh hari dan berada dalam bungkusan surat khabar oleh
seekor anjing bernama Pickles. Pada 19
Dis 1983, iaitu 17 tahun selepas kali pertama hilang di Englad, trofi Jules
Rimet dicuri sekali lagi di Ibu Pejabat Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) di
Rio de Jeneiro. Sejak kehilangan itu, ia tidak pernah ditemui sehingga kini.
Ianya dipercayai telah dileburkan menjadi jongkong emas.
Khamis, Disember 08, 2022
Piala Jules Rimet
Foto kredit: Twitter @Go_Foot Twitter
Sekilas Fakta
Labels:
Piala Jules Rimet
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan