Pada 3 Dis 2022, kami sekeluarga berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13. Pada hari tersebut juga diadakan Hari OKU Sedunia, maka tersangat ramai manusia di sana. Bila sampai di pintu utama dewan, kelihatan kenderaan polis termasuk kereta dan motorsikal trafik. Di situ juga ada sebuah kenderaan rasmi berwarna hitam dengan logo rasmi Diraja Selangor. Rupa-rupanya ada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah duduk di ruang utama bagi acara perasmian pesta buku dan Hari OKU Sedunia peringkat negeri Selangor.
Selepas itu, Raja Muda pergi melawat gerai-gerai pameran yang ada. Kami pun ambil kesempatan untuk merakam gambar Raja Muda bagi simpanan kami sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan