Aura Ilmu Dalam Rumah
Rumah bukan sekadar tempat beteduh, tetapi medan pertama membina peribadi dan mencorakkan masa depan ahli keluarga. Dalam dunia yang semakin sibuk dan dipenuhi gangguan digital, mewujudkan aura percambahan ilmu dalam rumah menjadi satu keperluan, bukan lagi pilihan.
Suasana rumah yang sarat dengan elemen ilmu bukan sahaja merangsang minda, malah menenangkan jiwa serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Ia boleh dimulakan dengan langkah kecil, tetapi impaknya besar dalam jangka masa panjang.
Perpustakaan mini tidak perlu ruang yang besar di dalam rumah. Cukup sekadar satu sudut khas dengan rak buku yang tersusun rapi, kerusi selesa dan pencahayaan yang baik. Kehadiran buku secara fizikal dalam rumah memberi mesej jelas bahawa ilmu itu dihargai.
Artikel asal oleh Harian Metro (4 April 2026)





![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan