Sumber: FB Ramli Saaran
Empat Watak Dalam Organisasi
1. Ada orang yang kuat mengkritik. Dalam masa yang sama, dia juga kuat bekerja. Dia mengkritik demi kebaikan organisasi. Orang begini biasanya tidak begitu disukai oleh pihak atasan, dan mereka juga selalunya tidak kisah dibenci. Mereka cuma mahu menyampaikan kebenaran walaupun sedar risikonya ada.
2. Namun, ada juga orang yang duduk di atas pagar. Mereka bertindak mengikut keuntungan diri. Jika sesuatu itu memihak kepada kepentingannya, dia akan menunjukkan sokongan kepada mereka yang bersuara. Tetapi, golongan ini sangat pandai “membaling batu sembunyi tangan”. Akhirnya, golongan pertama tadi yang menerima kesan, sedangkan dia terus selamat dalam dunia yang penuh kepentingan ini.
3. Manakala golongan ketiga pula ialah mereka yang memilih untuk diam demi keselamatan diri, tetapi masih mengharapkan keuntungan. Golongan inilah yang paling ramai dalam organisasi. Mereka tidak begitu peduli apa yang berlaku, asalkan kedudukan sendiri tidak tergugat.
4. Golongan terakhir pula ialah mereka yang sentiasa membesarkan segala tindakan orang atasan tanpa berani menegur walaupun ada kesilapan. Golongan ini memang wujud dan sering kita temui. Mungkin mereka takut “periuk nasi” terganggu, seolah-olah rezeki itu datang daripada manusia semata-mata.





![Ketupat Cinta [Musim Pertama]](https://i.gr-assets.com/images/S/compressed.photo.goodreads.com/books/1240420495l/6415559._SY75_.jpg)


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan