Rabu, November 04, 2026

Malaysia Taman Negara Ultra 2026 - Pakcik Ariffin

Foto ihsan Whatsapp
Foto ihsan JenTV.my

Apa alasan aku nak bagi ya kalau malas nak lari? Pakcik Ariffin bin Abdul Manan ni umur dah lebih 60 tahun, kayuh basikal datang TNU, habiskan larian berkaki ayam je. 

Pakcik Ariffin, usia lebih 60 tahun. Kayuh basikal kira-kira 100km dari Ulu Cheka, Damak ke Taman Negara, kemudian habiskan larian Ultra Trail 30km dengan elevation gain 1,300m — berkaki ayam! TNU ni bukan larian trail yang biasa ya, antara paling brutal dalam Malaysia. 

Menurut perkongsian pembaca, beliau sudah aktif berlari, mendaki dan berbasikal sejak muda. Hampir 20 tahun menyertai acara marathon, duathlon dan triathlon.

Tapi yang lebih menarik bukan sekadar ketahanan fizikalnya.

Sepanjang perjalanan, beliau dikatakan tak lekang dengan senyuman. Siapa yang menegur, dilayan dengan baik. Dalam aktiviti sukan, beliau turut membawa mesej dakwah melalui akhlak dan cara hidupnya. Kalau bermalam di rumah dia, pagi-pagi dia perah susu kambing hidangkan tamu. 

Kita sibuk cari kasut terbaik untuk mula berlari. Pakcik Ariffin pula membuktikan bahawa semangat dan disiplin jauh lebih penting daripada alasan. Dia guna kasut getah adidas kampung mula larian tu, mungkin asik tersekat di selut terus berkaki ayam. 

Tak perlu kayuh 100km. Tak perlu terus berlari 30km. Tak perlu pun berlari berkaki ayam.

Cukuplah kita mula bergerak, jaga kesihatan dan bina disiplin sedikit demi sedikit.

Kalau pakcik berusia 60-an pun masih kuat berjuang, kita yang masih muda ni nak bagi alasan apa lagi?

Semoga Allah kurniakan Pakcik Ariffin kesihatan, kekuatan dan keberkatan. 🤲

Pernah terserempak dengan Pakcik Ariffin? Kongsikan pengalaman korang.

Tiada ulasan: