Rabu, Mac 14, 2012

MPO and The Beatles

MPO mainkan lagu The Beatles
HM – 14 Mac 2012

Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my


KEUNGGULAN Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) sudah lama terbukti. Mereka bukan saja sering memainkan lagu klasikal malah kerap memberikan persembahan ‘tribute’ kepada karyawan muzik handalan. Antara ‘tribute’ yang pernah dilakukan adalah bagi lagu karya John Williams, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan lagu tema filem Hollywood termasuk arahan Alfred Hitchcock. Terbaru, kenyataan media mengesahkan bahawa MPO akan memperdengarkan pula koleksi lagu ‘evergreen’ kumpulan pop legenda The Beatles.

Persembahan julung kali ini berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC pada 23 & 24 Mac ini jam 8.30 malam serta persembahan matinee pada 25 Mac (3 petang). Semua persembahan itu akan dipimpin konduktor muzik handalan, Mark Fitz Gerald.

Antara lagu yang dimainkan MPO adalah Can’t Buy Me Love, Strawberry Fields, And I Love Her, Yesterday, Ob-La-Di, Ob-La-Da, Blackbird, The Long And Winding Road, Help, A Hard Day’s Night, Hey Jude dan All You Need Is Love. Semua lagu itu pernah menjulang nama The Beatles. Walaupun sudah berpecah dan kehilangan John Lennon, aura The Beatles tidak pernah pudar.

Tiket bagi konsert ini berharga RM180, RM130, RM90 dan RM60 dan boleh ditempah di box-office jam 10 pagi hingga 6 petang serta 9 malam (pada hari persembahan). Anda juga boleh hubungi talian 03- 20517007 atau 03- 2051 7077 (faks). Selain itu tempahan melalui e-mel di dfp_boxoffice@petronas.com.my.

2 ulasan:

Cendawan berkata...

Layannnnn....

Beatles ni mmg hang punya kepakaran... huhu

kawan sheila majid berkata...

ya, itu ja yang aku tau, yang lain aku tau jugak, bak kata org, tau banyak benda,