Pejabat Pos Taiping dan di belakangnya adalah Pejabat Telegraf
Telegram yang suatu ketika dahulu digunakan sebagai pesanan segera. Satu perkataan dicaj sebanyak 10 sen.
Telegram adalah satu perkhidmatan menghantar mesej ringkas dengan cepat, tak salah dulu Telekom caj satu perkataan sekupang kot.. rasanya la, ingat-ingat lupa lah plak. Kalau dulu telegram selalunya dibuat kalau nak hantar mesej yang emergency la. Contohnya, "Ahmad, sila balik dengan segera", "Ani, mak sakit di kampung". Begitulah antara mesej yang sering digunkan oleh org dulu-dulu dalam menghantar mesej.
Masa dulu ni mana ada org guna handphone atau ipad atau tablet semua ni. Ni la dia medium perhubungan yang disediakan oleh Telekom selain telefon rumah dan awam. Setahu teman le, perkhidmatan telegraf yang terawal adalah dari Kuala Kangsar ke Taiping pada tahun 1874. Pejabat Telegraf di Taiping masih berdiri teguh di belakang Pejabat Pos Besar Taiping.
Ini kerana dulu pejabat pos adalah sekali dengan pejabat telegraf. Satu jabatan la katakan. Pejabat Telegraf dijadikan sebagai Muzium Telegraf pada tahun 2018.
https://www.telegraphmuseum.com.my
2 ulasan:
Yaaa.. bagus entry ni. aku seumur hidop tak penah pon guna perkhidmatan ni. asyik tengok dlm citer p.ramlee je psl telegram2 nih.. huhuhu
itulah klasik namanya, nanti aku balek Tepen lagi, aku nak ambek gambor depan pejabat telegraf pertama kat Malaysia tu... Pejabat Pos tu tempat arwah bapak aku kerja la... hehehehehehehehe, kira arwah bapak aku ni pekerja maklumat la, sebab dia menguruskan maklumat dan perhubungan...
Catat Ulasan