Khamis, Mac 07, 2019

Taiping Bandar Ketiga Terbaik Dunia

Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia menerusi “The Sustainable Top 100 Destination Awards 2019” yang bertempat di International Tourism Borse (ITB) Berlin, baru-baru ini. Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff, kemenangan itu rentetan dari bandar Taiping yang dicalonkan sebagai finalis bagi kategori ‘Best of Cities’ pada 20 Februari lalu.
Ujarnya lagi, pengiktirafan bagi anugerah berprestij dan bertaraf dunia itu adalah yang pertama kali diterima oleh MPT.

“MPT telah mendaftar penyertaan secara atas talian dengan urusetia anugerah iaitu Green Destination Foundation pada awal tahun 2018. Penyertaan ini susulan dari cadangan salah seorang panel juri ASEAN Clean Tourist City Award yang melawat Taiping bagi tujuan penjurian anugerah tersebut dan berpendapat bandar ini mempunyai banyak kelebihan dan keunikan.
“Kejayaan ini merupakan kejayaan bersama seluruh komuniti Taiping, agensi serta kakitangan MPT yang berusaha menjaga kelestarian daerah ini,”katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Turut hadir dalam meraikan kejayaan itu di ITB ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Perbandaran, Borhan Abdul Halim.
Dalam pada itu, Abd Rahim berkata, MPT akan terus berusaha mendapatkan dana dan peruntukan dari pelbagai sumber untuk pembangunan pelancongan khususnya di Taman Botani, Bukit Larut, Taman Tasik Taiping dan Zoo Taiping & Night Safari.
Sebelum ini MPT pernah mendapat anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Best Destination Manager 2016, Malaysia Tourism Council Gold Award 2017 Kategori Destinasi Pelancongan Warisan dan Eko Terbaik serta Anugerah ‘Best City & Town Park’ peringkat Kebangsaan.

Sumber: http://www.suaraperak.com/taiping-bandar-ketiga-terbaik-dunia 

2 ulasan:

umifuzy berkata...

yeahh...bangga jadi anak org Tepen ni..

salam kenal dari www.umifuzy.com

the legend berkata...

Trima kasih UmiFuzy... Tepen forever.