Sabtu, Disember 31, 2022

Bahulu Masri Sekinchan

Dari Taiping kita singgah Masri Sekinchan sat minum ayor.

31 Dis 2022

Jumaat, Disember 30, 2022

Sembahyang Jumaat di Simpang

Bangunan masjid lama


Seronok budak kecik ni dok kat wakaf


Sembahyang jumaat di Masjid Ikhwaniah, Simpang. Masjid lama ada di sebelahnya. Masjid ini diwakafkan oleh Arwah Tan Sri Bashir yang mana beliau adalah asal orang Simpang dan arwah juga disemadikan di perkuburan sebelah masjid.

30 Dis 2022

Khamis, Disember 29, 2022

Kuala Kangsar

Pokok getah pertama di Malaya ditanam pada 1877 oleh H.J. Murton


Dari Beruas kami lalu Simpang 3 terus ke Kuala Kangsar. Singgah Masjid Ridzuaniah dan tengok pokok getah pertama di Malaya.

Kuala Kangsar ni tempat lahir teman.
29 Dis 2022

Beruas, Perak

Jumpa Penghulu Aripin Mahmud (sepupu)


Dari Sitiawan kami singgah pulak ke Beruas. Beruas ni kampung asei mak. Jumpa dengan Penghulu Aripin Mahmud (Sepupu)

29 Dis 2022

Warisan Rojak Manjung

 

Kalau datang Sitiawan kena singgah Warisan Rojak Manjung. Kedai ni kat depan market dan Arena Sitiawan.
29 Dis 2022

Rabu, Disember 28, 2022

Pameran Seniman Perak Sepanjang Zaman

Jumpa Iskandar (Abed), kawan serumah masa dok rumah sewa kat Seksyen 19 tahun 2000-2001 dulu. 

Pameran Seniman Perak Sepanjang Zaman

Muzium Perak, Taiping
28 Dis 2022

Selasa, Disember 27, 2022

Pasar Malam Taman Kota Jaya, Simpang

 

Mak buat kunci pendua


Nash Reen OE96, junior KEVII School, Taiping

Abdul Wahab, kawan masa SK Simpang

Lama tak pi pasar malam Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping ni. Bila ada peluang balik kampung, maka inilah masanya meronda ke pasar malam. Lokasinya masih tempat yang sama. Syukur dapat jumpa kawan lama.
#PasarMalamTamanKotaJaya

Sabtu, Disember 24, 2022

Kereta Klasik Merah

 

Kereta merah klasik. Nak tengok apa model kereta ni tapi dia masuk kiri dulu.
24 Dis 2022 • Kapar

Rabu, Disember 21, 2022

Biskut Lutut

 

Moh komer wei pekene biskut lutut cicah kopi O tengah tengah hari ni. Komer tempat lain panggei ape biskut ni?
20 Dis 2022

#biskutlutut
#OrangKuale

Isnin, Disember 19, 2022

Vamos Agentine - 2022

 

Source: Sporting News 

Khamis, Disember 15, 2022

Naskhah kurniaan Sultan Selangor jadi rujukan

 

Selangorkini - 8 Dis 2022, ms. 8

Rujukan: https://selangorkini.my/akhbar-digital

Isnin, Disember 12, 2022

Memupuk Budaya Membaca

 

Sumber: Bernama

Ahad, Disember 11, 2022

Pustaka Nur Jiwa

 

Sampan dikayuh mudik ke kuala
Tersangkut kayu terus ke muara
Pustaka Nur Jiwa diberi nama
Khazanah ilmu terus dipelihara
Bersama Juara Pertandingan Perpustakaan Keluarga 2022 kategori rumah teres, En. Yaseer Arafat selepas majlis penyampaian hadiah di PPK Presint 11.
11 Dis 2022

Khamis, Disember 08, 2022

Piala Jules Rimet

Foto kredit: Twitter @Go_Foot Twitter

Sekilas Fakta

Piala pemenang Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia sejak 1930 hingga 1970 pernah hilang dua kali. Pada 20 Mac 1966, piala itu yang diberi nama Jules Rimet sempena nama presiden ketiga FIFA dicuri di Westminster Central Hall, London. Kecurian berlaku semasa pameran yang diadakan empat bulan lebih awal sebelum kejohanan. Ketika itu, England menjadi tuan rumah kejohanan. Piala ini hanya dijumpai selepas tujuh hari dan berada dalam bungkusan surat khabar oleh seekor anjing bernama Pickles. Pada  19 Dis 1983, iaitu 17 tahun selepas kali pertama hilang di Englad, trofi Jules Rimet dicuri sekali lagi di Ibu Pejabat Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) di Rio de Jeneiro. Sejak kehilangan itu, ia tidak pernah ditemui sehingga kini. Ianya dipercayai telah dileburkan menjadi jongkong emas.

 Sumber: Utusan Malaysia (7 Dis 2022)

Selasa, Disember 06, 2022

Pusing Semenanjung dengan motor klasik

Bukit Mertajam: Faktor cuaca yang tidak menentu menjadi cabaran bagi penunggang motosikal klasik solo, Hishamuddin Md Rashid untuk menyelesaikan siri jelajah Semenanjung Malaysia yang bermula hari ini.

Hishamuddin, 52, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kojeq bagaimanapun mempersiapkan mental dan fizikal bagi berdepan segala kemungkinan untuk misi kali kedua itu selepas berjaya pada percubaan pertamanya enam tahun lalu.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia menjaga pemakanan selain melakukan senaman bagi memastikan badannya sentiasa cergas sepanjang menjelajah ke 12 negeri dengan jarak sejauh 2,000 kilometer selama lapan hari.

"Dalam pada itu, saya juga membuat persediaan rapi dalam penjagaan motosikal klasik yang digunakan untuk misi ini yang mana semua spesifikasi mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sabtu, Disember 03, 2022

Raja Muda Selangor @Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022

 


Pada 3 Dis 2022, kami sekeluarga berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13. Pada hari tersebut juga diadakan Hari OKU Sedunia, maka tersangat ramai manusia di sana. Bila sampai di pintu utama dewan, kelihatan kenderaan polis termasuk kereta dan motorsikal trafik. Di situ juga ada sebuah kenderaan rasmi berwarna hitam dengan logo rasmi Diraja Selangor. Rupa-rupanya ada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah duduk di ruang utama bagi acara perasmian pesta buku dan Hari OKU Sedunia peringkat negeri Selangor. 

Selepas itu, Raja Muda pergi melawat gerai-gerai pameran yang ada. Kami pun ambil kesempatan untuk merakam gambar Raja Muda bagi simpanan kami sendiri. 

Salam Ulangtahun Mak ke-81

Jumaat, Disember 02, 2022

Kabinet Perpaduan 2022

Dalam senarai menteri-menteri di atas, ada tiga orang menteri yang sebaya dengan penulis yang lahir pada tahun 1977 iaitu YB Rafizi Ramli (Sept 1977), YB Anthony Loke (April 1977) dan YB Fadhlina Sidek (Oktober 1977).

Terdapat bekas pelajar MCKK: YB Anwar Ibrahim (C'64), YB Rafizi Ramli (C'94), YB Nik Nazmi (C'99) dan Senator Tengku Zafrul (C'90). 

Sumber: Sinar Harian