Memaparkan catatan dengan label muzium perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muzium perak. Papar semua catatan

Isnin, Mac 09, 2026

Gerabak Kereta Api Berkembar


KOLEKSI GERABAK KERETA API BERKEMBAR

DI MUZIUM PERAK, TAIPING
JABATAN MUZIUM MALAYSIA

Gerabak berkembar berusia hampir 130 tahun ini dipelihara sebagai koleksi warisan oleh Muzium Perak di bawah Jabatan Muzium Malaysia, dan merupakan aset penting dalam sejarah pengangkutan kereta api negara. Pernah digunakan di laluan kereta api pertama di Tanah Melayu yang menghubungkan Taiping ke Port Weld (kini Kuala Sepetang) pada abad ke-19.

Gerabak ini diserahkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad kepada Muzium Perak pada tahun 2004 melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia bagi tujuan pemuliharaan dan pameran. Pada tahun 2024, gerabak ini diwartakan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, mengiktiraf kepentingannya dalam sejarah pengangkutan negara. Gerabak berkembar ini dipercayai satu-satunya unit seumpamanya yang masih wujud dan terpelihara di Malaysia, menjadikannya koleksi bernilai tinggi dari aspek sejarah, teknologi dan warisan kolonial.

Sumber: FB Muzium Perak Taiping Rasmi

Rabu, Disember 28, 2022

Pameran Seniman Perak Sepanjang Zaman

Jumpa Iskandar (Abed), kawan serumah masa dok rumah sewa kat Seksyen 19 tahun 2000-2001 dulu. 

Pameran Seniman Perak Sepanjang Zaman

Muzium Perak, Taiping
28 Dis 2022

Selasa, Januari 11, 2022

Pameran Taiping Retrospektif Sejarah

Rabu, November 14, 2018

Muzium Perak 135 tahun (1883-2018)

Program sambutan ulangtahun ke-135 tahun Muzium Perak diadakan pada 24-25 Nov 2018 di Muzium Perak. 
Muzium Perak, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping Bandar Warisan, Perak Darul Ridzuan