Khamis, Mei 18, 2023

Jom Baca Bersama 10 minit edisi 2023


Bagi acara Jom Baca Bersama 10 Minit bagi edisi tahun 2023 ini, saya memilih buku: 
“65 Tahun Muzik Rock di Malaysia: Dari Rock Proto ke Glam Rock Melayu (1955-1986)”

Penulis: Prof. Madya Dr Muhammad Takiyuddin Ismail (Dr. Taki) 
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
ISBN: 9789674882617
Mukasurat: 420
Tahun: 2023
Pautan: https://www.umpress.com.my/index.php?route=product/product&product_id=939
Nota: Setiap pembelian buku akan ditandatangani sendiri oleh Dr. Taki

Buku ini hasil nukilan dan kajian berat oleh Prof. Madya Dr Muhammad Takiyuddin Ismail (Dr. Taki), anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak yang merupakan seorang pensyarah sains politik di UKM. Namun begitu, beliau juga adalah peminat tegar muzik rock semenjak di bangku sekolah lagi.  Buku ini adalah ‘naskhah unggul’ yang diterbitkan bagi mendokumentasikan fenomena muzik rock secara terperinci yang mana sebelum ini tidak ada sebarang notasi atau rekod sahih akan kewujudannya.

Ucapan tahniah atas kejayaan dan kesanggupan beliau menyiapkan satu ‘tesis’ berat yang amat bermakna bagi peminat muzik rock khususnya di Malaysia. Ternyata, penerbitan buku ini memberikan gambaran bahawa muzik rock sudah berevolusi semenjak tahun 1950an lagi. Gaya bahasa dan susunan penceritaannya mudah difahami malah ditambah dengan gambar-gambar langka yang tidak pernah disiarkan sebelum ini. Dengan ada minat dan ‘passion’, maka, semuanya terhasil indah yang mana digarap melalui ‘pendekatan dokumentari’.

Buku ini juga menonjolkan gambaran sebenar ekosistem muzik rock itu sendiri. Sejarah rock amat penting didokumentasikan malah boleh dicerakin oleh sesiapa sahaja yang berminat atau ingin tahu.

Disyorkan buku ini sebagai bacaan wajib bagi mengetahui mengenai sejarah rock, siapa yang terlibat , apa isu yang berlaku, turun-naik muzik rock, era muzik rock mengikut tahun dan pelbagai lagi. Ini merupakan Siri 1 manakala Siri 2 pula akan menjelma yang mana perbincangan lebih terperinci akan dimuatkan. Dr Taki juga mengatakan bahawa “Passion tidak boleh diganti dengan wang ringgit”

Ulasan dari Ku Syafiq (Mingguan Malaysia, 26 Mac 2023):

“Dia minat rock dan dia mahu muzik rock terus maju. Dia bernostalgia tentang rock dan dia mahu nostalgianya tepat, berfakta dan seimbang. Bahasa cinta Dr Taki pada rock adalah melalui dokumentasi”

Komen dari Dr Taki (Harian Metro, 24 Feb 2023):

“Mereka (pemuzik rock) terkejut dan terharu kerana ada ‘orang universiti’ mahu menulis buku mengenai sejarah rock di Malaysia yang selama ini sering dikaitkan dengan perkara negatif”

Tiada ulasan: