Sabtu, Mei 27, 2023

Menziarah Wan Nab di USJ


Menziarah Wan Nab

Hari Sabtu (27 Mei 2023), kami telah pergi ke USJ bagi menziarah jiran dan kawan lama bagi Mak semasa tinggal di Kuarters Jalan Talang, Kuala Kangsar dulu sekitar 1970an dan awal 1980an yang kini uzur. Alhamdulillah dapat jumpa setelah sekian lama tidak bertemu. Mak pun seronok dapat jumpa kawan baiknya, Kak Nab yang sudah dianggap macam adik-beradik sendiri. Kami peringkat anak ni panggilnya Wan Nab. Buat masa ni, Wan Nab tinggal di rumah anaknya di USJ. Semasa kami di sana, dapat jumpa dengan anak-anak Wan Nab iaitu Kak Elly, Abang E, Kak Inah dan Abby.

Marilah kita doakan supaya Allah berikan yang baik-baik sahaja untuk Wan Nab (Umur: 88)

#KuartersJalanTalang
#KualaKangsar

Tiada ulasan: