Selasa, Oktober 31, 2023

Pudarnya dialek di Perak beri kesan terhadap identiti, jati diri - Pakar Bahasa


Pudarnya dialek di Perak beri kesan terhadap identiti, jati diri - Pakar Bahasa

HM - 28 Okt 2023

Ipoh: Perak mempunyai pelbagai bahasa dialek kerana bersempadan dengan banyak negeri lain, namun pertuturan dalam bahasa itu yang semakin kurang digunakan terutama dalam kalangan generasi muda memberi kesan terhadap identiti dan jati diri masyarakat.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Dr Nor Hashimah Jalaluddin berkata, menerusi kajiannya berkenaan penggunaan dialek di seluruh Perak, beliau mendapati golongan remaja negeri itu terutamanya mereka yang berusia 15 tahun ke bawah tidak bertutur dalam dialek Perak.

Beliau berkata, antara alasan yang diberikan adalah kerana bimbang sekiranya mereka terbawa-bawa menulis karangan dalam bahasa dialek, sedangkan di sekolah hanya menggunakan bahasa baku, selain berasa malu untuk bertutur dalam dialek berkenaan.

Katanya, faktor lain yang penyumbang kepada kurangnya pertuturan dalam bahasa dialek Perak antaranya adalah asimilasi daripada bahasa Jawa dan Banjar ke bahasa standard.

Nor Hashimah juga menyentuh budaya penggunaan kata ganti nama juga antaranya "yop" dan "nyah" juga sudah jarang kedengaran pada masa kini sedangkan penggunaan itu secara tidak langsung boleh mendedahkan identiti masyarakat negeri ini.

Tiada ulasan: