Isnin, September 30, 2024
Pustaka Bergerak masih 'Hidup'
Ahad, September 29, 2024
Misi Ziarah Pak Andak Mohd Noor
Sabtu, September 28, 2024
Jumaat, September 27, 2024
Khamis, September 26, 2024
348 Perpustakaan Ditutup
348 perpustakaan ditutup
Utusan Malaysia – 26 Sept 2024
PETALING JAYA: Sebanyak
348 perpustakaan ditutup
dalam tempoh lima tahun daripada 3,002 pada 2019 kepada 2,654 setakat tahun
lalu.
Naib Presiden I, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Dr. Mohd. Faizal
Hamzah berkata, hal ini berlaku kerana perubahan pentadbiran, pemusatan
perpustakaan, dan penyatuan perpustakaan kecil selain faktor peralihan dunia ke
arah digitalisasi.
Bagaimanapun jelasnya, peralihan ke arah digital
bukan faktor utama bilangan semakin mengecil kerana perpustakaan di Malaysia
turut bersama dalam transformasi ke arah perpustakaan digital.
“Perpustakaan kita telah berjaya menyesuaikan
diri dengan era digital, menawarkan pelbagai perkhidmatan dan sumber yang
relevan mengikut keperluan semasa.
“Sebagai contoh, perpustakaan negeri dan awam
banyak menganjurkan program seperti kelas AI (kecerdasan buatan), makmal
penciptaan, dan kelas literasi media digital. Fokus kini lebih kepada koleksi digital
apabila pustakawan perlu menguasai kemahiran baharu seperti penyediaan
mikro-kredensial, aplikasi perisian digital, AI, dan alat penyelidikan digital
yang membantu mereka kekal berdaya saing,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Berdasarkan Perangkaan Perpustakaan Malaysia 2023, terdapat sebuah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Komuniti PNM (4), Perpustakaan Awam Negeri (PAN/330) dan Perpustakaan Desa (PD/1,085) melibatkan PD PNM (506) dan PD PAN (579).
Rabu, September 25, 2024
Selasa, September 24, 2024
Isnin, September 23, 2024
XPDC Pulau Pangkor (19-21 Sept 2024)
XPDC Pulau Pangkor telah berlangsung pada 19-21 September 2024. Perjalanan bermula pada pagi hari khamis (19 Sept 2024) dari Shah Alam menuju ke Sekinchan untuk berkumpul di rumah mak mertua dan adik-adik ipar yang lain. Sekitar jam 10.30 pagi, kami mulakan perjalanan menuju ke Lumut, Perak. Setibanya di Lumut, kami terus mencari tempat meletakkan kenderaan iaitu di Medan Tempat Letak Kereta Bertingkat di bawah kelolaan Majlis Perbandaran Lumut.
Ahad, September 22, 2024
Sabtu, September 21, 2024
Masjid di Pulau Pangkor
Jumaat, September 20, 2024
Kota Belanda, Pulau Pangkor, Perak
Khamis, September 19, 2024
Kelab Peminat Mega
Rabu, September 18, 2024
Permainan Tradisional Berdaftar
Selasa, September 17, 2024
Isnin, September 16, 2024
Ahad, September 15, 2024
Sabtu, September 14, 2024
Walimatulurus di Institut Kraf Negara
Jumaat, September 13, 2024
Khamis, September 12, 2024
Rabu, September 11, 2024
Old Edwardians rekindle Taiping ties
Berita mengenai Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Sekolah King Edward VII Taiping Malaysia dalam The Star 5 Sept 2024, ms. 6 (Metro)
#KingEdwardVIITaiping
Selasa, September 10, 2024
Isnin, September 09, 2024
Ahad, September 08, 2024
Sabtu, September 07, 2024
Jumaat, September 06, 2024
Khamis, September 05, 2024
Rabu, September 04, 2024
Konvokesyen ke-99 UiTM
Selasa, September 03, 2024
World of Wonder: Book-Making
Isnin, September 02, 2024
Pencipta lagu Madani Jiwa Merdeka graduan UiTM
Pencipta lagu ‘Madani Jiwa Merdeka’ terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor
SHAH ALAM, 2 Sept: Pencipta lagu tema Hari Kebangsaan 2024 yang berjudul ‘Madani Jiwa Merdeka’, Muhammad Affan Mazlan terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada pembukaan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-99, hari ini. Menurutnya, dia menganggap anugerah tersebut sebagai berprestij, namun tidak menyangka akan menerimanya kerana bukan satu-satunya graduan cemerlang dalam Jurusan Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi.
“Rakan-rakan lain pun ramai yang cemerlang, tetapi saya bersyukur terpilih. Saya anggap ia hadiah berprestij dan paling istimewa seiring dengan lagu yang saya cipta lagu tema Hari Kemerdekaan Ke-67, amat manis dan ia adalah sesuatu daripada saya untuk negara. Memang mencabar sepanjang pengajian, berat untuk saya harungi tetapi saya berjaya cipta tujuh buah lagu untuk penyanyi, Aina Abdul antaranya seperti ‘Sedia Terluka, ‘Bukan Untukku’ dan ‘Kunci’,” katanya ketika ditemui pada istiadat tersebut, hari ini.
Terdahulu, Muhammad Affan, 24, menerima anugerah berkenaan daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro Canselor UiTM. Beliau dinobatkan penerima anugerah tersebut apabila memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.89.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas penerbitan lagu Madani Jiwa Merdeka yang mendapat sentuhan komposer terkenal, Datuk Mokhzani Ismail juga disifatkan sebagai idolanya. Jelas Muhammad Affan, beliau mahu bekerja keras mencapai impiannya menjadi seorang komposer yang baik seperti idolanya itu apabila dikenali sebagai orang kuat bekerja bagi menghasilkan lagu terbaik.
“Beliau bantu saya mendapatkan ahli pemuzik orkestra yang baik supaya lagu tersebut lebih sedap didengari. Saya ambil masa sebulan untuk siapkan lagu Madani Jiwa Merdeka. Apabila lagu ini dimainkan oleh sesebuah stesen radio tempatan, saya memang puas hati. Tidak dinafikan saya mendapat kritikan daripada segelintir pihak yang merasakan lagu ini tidak sesuai menjadi lagu tema hari kebangsaan. Tetapi, saya terima kritikan itu dengan hati terbuka,” ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.
Sumber: Utusan Malaysia